Page 55 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 55

(f)    Walau apapun yang dinyatakan dalam subperenggan (iii), kajian lanjut untuk tempoh
                                 yang  melebihi  lapan  belas  bulan  hanya  boleh  diperakukan  oleh  Jawatankuasa
                                 Pemeriksa  atas  keadaan  tertentu  dan  berdasarkan  laporan  pemeriksa  yang
                                 berkenaan.

                          (g)    Bagi maksud peraturan ini “kajian lanjut” ertinya semakan dan penulisan semula tesis
                                 termasuk  penyelidikan  lanjut  dalam  topik  tesis  tersebut.  Manakala  “peperiksaan
                                 semula” ertinya penilaian semula tesis calon oleh Jawatankuasa Pemeriksa selepas
                                 menjalani kajian lanjut.

                          (h)    Calon  yang  dirujukkan  untuk  kajian  lanjut  boleh  diperlukan  oleh  Jawatankuasa
                                 Pemeriksa untuk menghadiri peperiksaan viva mengenai tesisnya untuk kali kedua.

                          (i)    Keputusan  mesyuarat  Jawatankuasa  Pemeriksa  hendaklah  berdasarkan  laporan
                                 pemeriksa dan prestasi calon semasa viva voce dan seboleh-bolehnya dicapai melalui
                                 sebulat suara. Sekiranya keputusan tidak dapat dicapai, seorang pemeriksa tambahan
                                 boleh dilantik bagi membantu Jawatankuasa Pemeriksa membuat keputusan.

                   (2)    Pembetulan dan peperiksaan semula tesis hendaklah seperti berikut:

                          (a)    Calon  yang  dikehendaki  membuat  pembetulan  menurut  peruntukan  subperenggan
                                 (1)(e)(ii)  di  atas  hendaklah  menyerahkan  tesisnya  sebelum  tamat  tempoh  yang
                                 ditetapkan  untuk  membuat  pembetulan  tersebut.  Sekiranya  calon  gagal  berbuat
                                 demikian,  beliau  akan  dianggap  telah  gagal  dalam  peperiksaan  tesisnya  melainkan
                                 dalam  keadaan  yang  tertentu  suatu  tempoh  lanjutan  yang  tidak  melebihi  sembilan
                                 puluh hari hari kepada tempoh yang ditetapkan itu telah diluluskan oleh Dekan Fakulti.

                          (b)    Calon  yang  dikehendaki  menjalani  kajian  lanjut  menurut  peruntukan  subperenggan
                                 (1)(e)(iii)  di  atas  hendaklah  menyerahkan  tesisnya  sebelum  tamat  tempoh  yang
                                 ditetapkan  untuk  menjalani  kajian  lanjut  tersebut.  Sekiranya  calon  gagal  berbuat
                                 demikian,  beliau  akan  dianggap  telah  gagal  dalam  peperiksaan  tesisnya  melainkan
                                 suatu tempoh lanjutan kepada tempoh yang ditetapkan itu telah diluluskan oleh Senat
                                 atas perakuan Jawatankuasa Pemeriksa. Bagi maksud perenggan ini, tempoh yang
                                 ditentukan akan bermula sehari selepas tamat tempoh kajian lanjut yang ditetapkan.

                          (c)    Tesis  yang  telah  diserahkan  untuk  peperiksaan  semula  hendaklah  dihantar  kepada
                                 semua  pemeriksa  yang  berkenaan  untuk  diperiksa  semula  dan  suatu  laporan  baru
                                 hendaklah  disediakan  oleh  setiap  pemeriksa  dan  diserahkan  kepada  Jawatankuasa
                                 Pemeriksa untuk dipertimbangkan.

                          (d)    Jawatankuasa  Pemeriksa  berkenaan  hendaklah  selepas  menimbang  laporan
                                 pemeriksa, tesis calon dan peperiksaan viva (jika ada), memutus dan memperakukan
                                 sama  ada  tesis  calon  dianugerahkan  Lulus  atau  Gagal.  Sekiranya  tesis  tidak
                                 mencapai  merit  yang  mencukupi  untuk  dianugerahkan  ijazah  Doktor  Falsafah,
                                 Jawatankuasa Pemeriksa boleh memperakukan calon dianugerahkan Ijazah Sarjana
                                 dalam bidang yang berkaitan selepas berpuashati bahawa tesis calon tersebut telah
                                 mencapai merit yang mencukupi untuk dianugerahkan ijazah Sarjana.

                          (e)    Tertakluk kepada peruntukan subperenggan (1)(b)(iii) dan (1)(e)(iii) di atas tiada calon
                                 dibenarkan  untuk  menyerahkan  tesisnya  untuk  peperiksaan  semula  lebih  daripada
                                 sekali.

                          (f)    Calon yang dikehendaki menyerahkan tesisnya untuk peperiksaan semula hendaklah
                                 meneruskan  pendaftarannya  sebagai  calon  dan  membayar  yuran  pendaftaran
                                 berkenaan.

            28.    Penilaian peperiksaan program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan

                 (1)      Kaedah penilaian komponen kursus hendaklah seperti berikut:

                                                                                                           54
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60