Page 56 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 56

(a)    Kaedah  penilaian  kursus  bergantung  kepada  hasil  pembelajaran  dan  kandungan
                                 kursus. Nisbah sumbangan atau pemberatan kaedah penilaian dalam jumlah markah
                                 akhir kursus akan ditentukan oleh Fakulti dan hendaklah diluluskan oleh Senat.

                          (b)    Kehadiran dalam kelas

                                 (i)   Calon  diwajibkan  menghadiri  semua  kelas.  Adalah  menjadi  tanggungjawab
                                      setiap  pensyarah  untuk  memaklumkan  kepada  calon  tentang  akibat
                                      ketidakhadiran kelas. Adalah menjadi tanggungjawab calon untuk memastikan
                                      bahawa  pensyarah  diberitahu  awal  tentang  ketidakhadirannya.  Pensyarah
                                      dikehendaki  menyimpan  rekod  kehadiran  kelas  dan  melaporkan  tentang
                                      ketidakhadiran yang melebihi dua puluh peratus kepada Pejabat Dekan Fakulti.

                                 (ii)   Mana-mana  calon  dengan  kehadiran  kelas  kurang  daripada  lapan  puluh
                                      peratus untuk sesuatu kursus dalam suatu semester tanpa sebab munasabah
                                      yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran pensyarah
                                      berkenaan  akan  dihalang  daripada  mengambil  peperiksaan  akhir  bagi  kursus
                                      berkenaan dalam sesuatu semester oleh Dekan Fakulti. Apabila calon dihalang
                                      daripada mengambil peperiksaan akhir sesuatu kursus pada sesuatu semester
                                      ia  hendaklah  diberitahu  secara  bertulis  oleh  Dekan  Fakulti  selewat-lewatnya
                                      satu minggu sebelum peperiksaan semester berkenaan bermula.

                                 (iii)   Mana-mana calon yang dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir untuk
                                      sesuatu  kursus  dalam  sesuatu  semester  akan  diberi  markah  sifar  untuk
                                      peperiksaan akhir kursus itu.


                          (c)    Skim pemarkahan

                                 (i)   Penilaian  peperiksaan  untuk  komponen  kursus  hendaklah  berdasarkan  skim
                                       pemarkahan seperti berikut:

                                    Markah       Gred       Mata Gred          Maksud


                                 80-100        A          4.0              Cemerlang
                                 75-79         A-         3.7



                                 70-74         B+         3.3              Lulus
                                 65-69         B          3.0


                                 60-64         B-         2.7              Lulus Bersyarat
                                 55-59         C+         2.3
                                 50-54         C          2.0



                                 45-49         C-         1.7              Gagal
                                 40-44         D+         1.5
                                 35-59         D          1.0
                                 <35           F          0


                                 (ii)   Bagi  maksud  perenggan  ini,  Lulus  Bersyarat  bermakna  lulus  dalam  kursus
                                       berkenaan  jika  PNGK  adalah  3.0  atau  lebih  pada  semester  kursus  tersebut
                                       diambil.

                                 (iii)   Gred I, diberi apabila—
                                                                                                           55
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61