Page 61 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 61

(a)    ia  telah  mendaftar  sebagai  calon  untuk  kursus  atau  kursus-kursus  yang  ditetapkan  untuk
                          program  pengajian  Ijazah  semasa  mengambil  peperiksaan  atau  telah  mendaftar  sebagai
                          calon  untuk  program  pengajian  Ijazah  semasa  menyerahkan  tesis  untuk  peperiksaan,
                          mengikut yang mana berkenaan;

                   (b)    ia telah membayar yuran yang ditetapkan; dan

                   (c)    yang  mana  perlu,  Dekan  Fakulti  telah  mengesahkan  bahawa  calon  telah  mengikuti  kursus
                          atau kursus-kursus berkenaan yang disyaratkan dengan memuaskan.

            32.    Penarikan diri dari peperiksaan

                   (1)    Calon  yang  ingin  menarik  diri  dari  peperiksaan  mana-mana  kursus  yang  beliau  telah
                          mendaftar dalam sesuatu semester hendaklah memberi notis bertulis kepada Dekan Fakulti
                          selewat-lewatnya dua minggu sebelum mulanya tempoh peperiksaan yang dijadualkan dalam
                          sesuatu semester dengan memberi sebab-sebab untuk penarikan diri itu.

                   (2)    Calon  tidak  dibenarkan  menarik  diri  dari  peperiksaan  sesuatu  kursus  apabila  tempoh
                          peperiksaan  yang  ditetapkan  pada  semester  berkenaan  telah  bermula  kecuali  dibenarkan
                          oleh Dekan Fakulti atas alasan luar biasa yang disokong dengan bukti dokumentasi.

                   (3)    Calon  tidak  boleh  menarik  diri  daripada  sesuatu  pemeriksaan  tesis  apabila  tesis  telah
                          diserahkan untuk peperiksaan.

                   (4)    Apabila  calon  telah  menarik  diri  daripada  peperiksaan  semua  kursus  yang  beliau  telah
                          mendaftar  dalam  sesuatu  semester,  semester  itu  hendaklah  dikira  sebagai  sebahagian
                          daripada tempoh maksimum pencalonannya. Senat atas perakuan Fakulti boleh meluluskan,
                          atas  alasan  luar  biasa  yang  dikemukakan  oleh  calon,  bahawa  semester  berkenaan  tidak
                          dikira sebagai sebahagian daripada tempoh maksimum pencalonan calon itu.

            33.    Ketidakhadiran dalam peperiksaan

                   (1)    Calon  yang  telah  mendaftar  dan  mengikuti  sesuatu  kursus  hendaklah  mengambil
                          peperiksaan  yang  ditetapkan  untuk  kursus  itu  selagi  dia  tidak  menarik  diri  atau  dihalang
                          daripada peperiksaan berkenaan.

                   (2)   Calon  yang  tidak  mengambil  sepenuh  atau  sebahagian  sesuatu  kursus  hendaklah
                         memberitahu  Dekan  Fakulti  secara  bertulis  dengan  memberi  sebab  mengenai
                         ketidakhadirannya.  Surat  itu  hendaklah  dihantar  dalam  tempoh  tujuh  hari  dari  tarikh
                         peperiksaan untuk kursus berkenaan dan hendaklah disertakan bersama dengan—

                         (a)    laporan  perubatan  daripada  pegawai  perubatan  berdaftar    sekiranya  ketidakhadiran
                                dari peperiksaan kursus itu adalah atas alasan perubatan; atau

                         (b)    laporan  daripada  pegawai  daerah  atau  pegawai  polis  atau  pegawai  kerajaan
                                berkenaan sekiranya ketidakhadiran peperiksaan untuk kursus berkenaan adalah atas
                                alasan perikemanusiaan.

                   (3)   Surat calon bersama dengan laporan sepertimana yang dinyatakan dalam subperaturan (2) di
                         atas hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa dan Jawatankuasa
                         Pemeriksa hendaklah mengesyorkan sama ada calon harus diberi Gred I atau Gred F atau
                         peperiksaan khas bagi kursus berkenaan.

                   (4)   Jawatankuasa  Pemeriksa  tidak  boleh  dalam  apa  jua  keadaan,  menimbang  apa-apa
                         permintaan  calon  yang  telah  tidak  menduduki  peperiksaan  untuk  sesuatu  kursus  apabila
                         Jawatankuasa Pemeriksa telah bermesyuarat untuk menentukan keputusan peperiksaan  bagi
                         kursus itu.

                   (5)   Calon yang jatuh sakit semasa menduduki peperiksaan hendaklah melaporkan kepada ketua
                         pengawas atau mana-mana pengawas yang hendaklah mengurus supaya calon itu diperiksa
                         dengan serta-merta oleh Doktor Kesihatan Pelajar Universiti atau Pusat Perubatan Universiti
                         Malaya atau Hospital Kerajaan. Laporan doktor serta laporan ketua pengawas atau pengawas
                                                                                                           60
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66