Page 62 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 62
mengenai kejadian tersebut, hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti dengan seberapa
segera tetapi tidak lewat dari tujuh hari dari tarikh kertas peperiksaan berkenaan.
(6) Calon yang tidak mengambil sepenuh atau sebahagian peperiksaan sesuatu kursus yang
didaftar tanpa sebab yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Pemeriksa akan diberi markah
sifar bagi sepenuh atau sebahagian kursus itu.
(7) Di mana calon dikehendaki oleh pemeriksa atau Dekan Fakulti untuk menyerahkan tugasan
atau sebarang kerja bertulis bagi sesuatu kursus dalam satu tempoh yang ditetapkan dan
calon gagal berbuat demikian, beliau dianggap sebagai telah gagal dalam tugasan atau kerja
bertulis itu melainkan pemeriksa atau Dekan Fakulti membenarkan tempoh lanjutan untuk
penyerahan tugasan atau kerja bertulis itu.
34. Pengendalian peperiksaan
(1) Calon tidak dibenarkan menghadir diri untuk peperiksaan sesuatu kursus lewat dari tiga puluh
minit selepas mulanya peperiksaan bagi kursus itu. Dalam keadaan tertentu ketua pengawas
boleh membenarkan calon yang datang lewat selepas tiga puluh minit untuk menduduki
peperiksaan bagi kursusnya sekiranya ketua pengawas berpuashati dengan alasan dan bukti
yang dikemukakan oleh calon berkenaan. Alasan yang diberi oleh calon hendaklah
dicatatkan oleh ketua pengawas dalam laporan peperiksaannya dan hendaklah
dibentangkan bersama-sama dengan bukti yang dikemukakan oleh calon dalam mesyuarat
Jawatankuasa Pemeriksa.
(2) Calon yang lewat menghadirkan diri untuk peperiksaan sesuatu kursus yang dibenarkan
menduduki peperiksaan di bawah subperaturan (1) tidak akan diberi masa tambahan untuk
peperiksaan itu.
(3) Calon tidak dibenarkan meninggal bilik peperiksaan sehingga tiga puluh minit selepas
bermulanya sesuatu peperiksaan atau lima belas minit sebelum waktu tamat sesuatu
peperiksaan.
(4) Calon yang dibenarkan oleh ketua pengawas atau pengawas untuk meninggalkan bilik
peperiksaan atas alasan tertentu hendaklah diawasi dari masa beliau meninggalkan bilik
peperiksaan sehingga beliau masuk semula ke bilik peperiksaan.
(5) Calon tidak boleh—
(a) mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain kecuali yang
diberi kuasa oleh pemeriksa, ke dalam atau keluar dari bilik peperiksaan, atau
menerima apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain daripada
mana-mana orang lain semasa dalam bilik peperiksaan, kecuali calon boleh semasa di
dalam bilik peperiksaan, menerima daripada pengawas peperiksaan apa-apa buku,
kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain yang telah disyorkan oleh pemeriksa
atau Jawatankuasa Pemeriksa, dan diberi kuasa oleh Naib Canselor;
(b) menulis, atau telah menulisnya melalui orang lain, apa-apa maklumat atau gambar
rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas
tangannya atau di atas mana-mana bahagian lain tubuh badannya atau di atas
pakaiannya;
(c) berhubung dengan mana-mana calon lain semasa sesuatu peperiksaan melalui apa
jua cara; atau
(d) menipu atau cuba menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan
sebagai menipu atau cuba menipu dalam sesuatu peperiksaan semasa peperiksaan itu
sedang dijalankan.
(6) Calon tidak dibenarkan merokok dalam mana-mana bilik peperiksaan semasa peperiksaan
sedang berjalan.
61