Page 59 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 59

(vii)  Di  mana  calon  telah  mengulang  sesuatu  kursus,  markah  dan  gred  yang
                                       diambilkira dalam penentuan PNGK hendaklah markah dan gred terbaik yang
                                       dicapainya.

                                 (viii)  Mana-mana  calon  yang  telah  didapati  bersalah  di  bawah  Kaedah  6  atau
                                       Kaedah 8 dalam Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar)
                                       1999  dan  dikenakan  hukuman  di  bawah  Kaedah-Kaedah  tersebut  akan
                                       diberikan  markah  sifar  bagi  skrip  jawapan  berkenaan  melainkan  Senat
                                       memutuskan sebaliknya.

                          (e)    Keperluan minimum pengajian

                                 (i)   Untuk memenuhi keperluan minimum pengajian di Universiti, calon hendaklah
                                       memperolehi PNG dan PNGK tidak kurang daripada 3.0 pada setiap semester
                                       sehingga tamat pengajiannya.

                                 (ii)   Fakulti  hendaklah  menentukan  sebelum  semester  pertama  pada  setiap  sesi
                                       akademik  dan  memberitahu  awal  kepada  calon,  kursus-kursus  yang  ia
                                       disyaratkan untuk lulus pada gred-gred minimum yang tertentu.

                                 (iii)   Bagi  kursus  yang  disyaratkan  untuk  lulus  pada  gred-gred  minimum  yang
                                       tertentu,  calon  hendaklah  mengulang  mana-mana  kursus  dengan  gred  yang
                                       kurang daripada gred minimum supaya calon dapat mencapai gred minimum
                                       yang  ditetapkan  dalam  tempoh  maksimum  pencalonannya.  Calon  yang
                                       mencapai gred kurang daripada gred lulus minimum yang diperlukan selepas
                                       tiga  kali  percubaan  bagi  sesuatu  kursus  yang  disyaratkan,  akan  ditamatkan
                                       daripada program pengajiannya.

                                 (iv)   Tertakluk  kepada  peruntukan  subperenggan  (ii)  dan  (iii)    dan  had  tempoh
                                       maksimum  pencalonannya,  calon  yang  memperolehi  PNGK  3.0  dan  ke  atas
                                       dalam suatu semester—

                                       (A)    boleh  mengekalkan  Gred  B-,  C+  atau  C  yang  telah  dicapai  olehnya
                                              untuk mana-mana kursus; atau

                                       (B)    mengulang  untuk  mempertingkatkan  Gred  yang  telah  dicapai  dalam
                                              mana-mana kursus.

                                 (v)   Calon yang memperolehi PNGK kurang daripada 3.0 dalam suatu semester—


                                       (A)    tidak boleh mengekalkan Gred B-, C+ atau C yang telah dicapai dalam
                                              mana-mana kursus sehingga calon telah mencapai PNGK 3.0 dan ke
                                              atas pada semester berikut; dan

                                       (B)    hendaklah mengulangi mana-mana kursus pada semester berikut bagi
                                              mempertingkatkan PNGKnya kepada 3.0 dan ke atas tertakluk kepada
                                              had tempoh maksimum pencalonannya.

                                 (vi)   Tertakluk  kepada  peruntukan  subperenggan  (iv),  calon  yang  memperolehi
                                       PNG kurang daripada keperluan minimum PNG yang ditetapkan bagi program
                                       pengajiannya  akan  diletakkan  dalam  Tempoh  Pemerhatian  Akademik  pada
                                       semester  biasa  yang  berikut.  Tempoh  itu  akan  terus  kekal  dan  hendaklah
                                       tamat apabila calon telah mencapai keperluan minimum PNG yang ditetapkan
                                       pada semester biasa yang berikut. Mana-mana calon yang diletakkan dalam
                                       Tempoh  Pemerhatian  Akademik  lebih  dari  dua  semester  biasa  berturut-turut
                                       akan ditamatkan daripada program pengajiannya.




                                                                                                           58
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64