Page 60 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 60

(vii)  Calon  yang  memperolehi  PNG  atau  PNGK  kurang  daripada  2.0  dalam  dua
                                       semester   biasa   berturut-turut   akan   ditamatkan   daripada   program
                                       pengajiannya.

                                 (viii)  Bagi  maksud  subperenggan  (vi)  dan  (vii),  hanya  semester  biasa  yang  calon
                                       telah mendaftar, mengikuti dan mengambil peperiksaan bagi kursus berkenaan
                                       akan diambilkira.

                                 (ix)   Apabila  calon  diletakkan  dalam  Tempoh  Pemerhatian  Akademik  dalam
                                       sesuatu  semester,  Dekan  Fakulti  hendaklah  memberikan  amaran  kepada
                                       calon  dan  memaklumkannya  mengenai  status  kemajuannya.  Amaran  itu
                                       hendaklah  mengandungi  pernyataan  yang  jelas  tentang  apa  yang  dianggap
                                       sebagai “kemajuan yang memuaskan” dan apa yang calon perlu lakukan untuk
                                       mencapainya.

                                 (x)   Apabila  calon  ditamatkan  daripada  program  pengajiannya,  notis  penamatan
                                       hendaklah  dihantar  kepada  calon  oleh  Dekan  Fakulti  di  mana  calon  telah
                                       mendaftar program pengajiannya.

                   (2)    Kaedah penilaian komponen penyelidikan bagi program pengajian Ijazah secara Kursus dan
                          Penyelidikan  hendaklah  sepertimana  yang  ditetapkan  di  bawah  kaedah  penilaian  bagi
                          program pengajian Ijazah secara Penyelidikan.

            29.    Peperiksaan khas

                   Dalam keadaan tertentu, Senat boleh atas perakuan Fakulti berkenaan, meluluskan peperiksaan khas
                   bagi  calon  yang  tidak  dapat  menduduki  peperiksaan  untuk  sesuatu  kursus  atas  alasan  luar  biasa.
                   Calon yang diluluskan untuk menduduki peperiksaan khas bagi sesuatu kursus hendaklah mengambil
                   peperiksaan itu sebelum minggu kedua semester yang berikut.


            30.    Pengurusan markah dan gred

                   (1)    Selepas  peperiksaan  akhir  untuk  sesuatu  kursus  pada  akhir  setiap  semester,  pemeriksa
                          hendaklah menyerahkan markah dan gred kursus kepada Dekan Fakulti atau Ketua Jabatan
                          di  mana  calon  mendaftar  program  pengajiannya,  mengikut  mana  yang  berkenaan,  yang
                          hendaklah menyemak dan memutuskan sama ada markah dan gred itu perlu dinilai semula.
                          Markah  dan  gred  asal  dan  markah  dan  gred  jika  berkenaan,  daripada  hasilan  penilaian
                          semula  hendaklah  dibincang  di  peringkat  jabatan  untuk  mencapai  markah  dan  gred
                          muktamad  yang  kemudiannya  hendaklah  dilaporkan  kepada  Jawatankuasa  Pemeriksa
                          melalui Dekan Fakulti. Markah dan gred muktamad adalah sepertimana yang diluluskan oleh
                          Jawatankuasa Pemeriksa.

                   (2)    Gred  akhir  sesuatu  kursus  selepas  peperiksaan  akhir  pada  penghujung  setiap  semester
                          hendaklah dipaparkan oleh pemeriksa di papan kenyataan Fakulti.

                   (3)    Institut  Pengajian  Siswazah  Universiti  atau  mana-mana  pusat  lain  sepertimana  yang
                          ditetapkan oleh Universiti adalah bertanggungjawab untuk menyimpan rekod rasmi calon dan
                          mengeluarkan kepada setiap calon—

                          (a)    keputusan peperiksaan untuk program pengajiannya; dan

                          (b)    rekod akademiknya selepas penamatan program pengajiannya.


            31.    Kemasukan sebagai calon peperiksaan

                   Calon tidak dibenarkan mengambil sesuatu peperiksaan dalam manamana kursus atau menyerahkan
                   tesis untuk peperiksaan kecuali—


                                                                                                           59
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65