Page 63 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 63

(7)   Ketua  pengawas  dan  pengawas  hendaklah  dilantik  daripada  guru  sepenuh  masa  dalam
                         bilangan  dan  bagi  tempoh  peperiksaan  yang  perlu  oleh  Naib  Canselor  atau  pegawai  yang
                         diberi kuasa oleh Naib Canselor. Guru sepenuh masa yang dilantik sebagai ketua pengawas
                         atau  pengawas  hendaklah  menjalankan  tugas-tugas  pengawasan  sepertimana  yang
                         ditetapkan.

                          (a)    Ketua pengawas atau pengawas hendaklah melaporkan kepada Naib Canselor, jika
                                 pada  pandangan  ketua  pengawas  atau  pengawas,  timbul  kejadian  semasa
                                 peperiksaan yang—

                                 (i)   memerlukan pembatalan atau penangguhan peperiksaan itu;

                                 (ii)   menjadikan peperiksaan itu dijalankan secara tidak betul; atau

                                 (iii)   menjadikan peperiksaan itu tidak adil kepada mana-mana calon.

                          (b)    Di  mana  sesuatu  kejadian  sepertimana  yang  dinyatakan  dalam    subperenggan  (i)
                                 telah  dilaporkan  kepada  Naib  Canselor,  Naib  Canselor  boleh  mengambil  apa-apa
                                 tindakan yang difikirkan wajar termasuk mengarahkan supaya satu peperiksaan baru
                                 diadakan  bagi  kursus  berkenaan  dan  di  mana  perlu,  melaporkan  keputusan  beliau
                                 kepada Senat.

                   (8)    Di  mana  Naib  Canselor  mempunyai  sebab  mempercayai  bahawa  kandungan  untuk
                          mana-mana  kertas  peperiksaan  atau  mana-mana  maklumat  bersabit  dengan  sesuatu
                          peperiksaan atau kerja yang dijalankan bersabit dengan sesuatu peperiksaan mungkin telah
                          diketahui  sebelum  tarikh  dan  waktu  peperiksaan  oleh  mana-mana  orang  selain  daripada
                          pemeriksa  atau  Jawatankuasa  Pemeriksa  atau  mana-mana  orang  yang  diberi  kuasa  oleh
                          Pendaftar, ia boleh mengarahkan penggantungan atau pembatalan kertas peperiksaan atau
                          peperiksaan berkenaan dan menggantikannya dengan kertas peperiksaan atau peperiksaan
                          baru.

                   (9)    Calon yang didapati memplagiat tugasan atau sebarang kerja bertulisnya yang merupakan
                          sebahagian  daripada  penilaian  kursus,  boleh  diambil  tindakan  di  bawah  Kaedah-Kaedah
                          Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

            35.    Keputusan peperiksaan

                   (1)    Laporan  Jawatankuasa  Pemeriksa  untuk  mana-mana  peperiksaan  akhir  yang  melayakkan
                          calon  berkenaan  bagi  penganugerahan  Ijazah  hendaklah  dibentang  kepada  Senat  untuk
                          kelulusan.

                   (2)    Nombor pendaftaran dan identiti calon berkenaan bagi sesuatu kursus tidak boleh diberitahu
                          kepada pemeriksa kecuali dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa yang diadakan untuk
                          menentukan keputusan peperiksaan bagi  calon berkenaan.

                   (3)    Markah  peperiksaan  yang  diberi  kepada  calon  untuk  mana-mana  kursus,  prosedur  dan
                          perjalanan mesyuarat serta laporan Jawatankuasa Pemeriksa   hendaklah rahsia dan tidak
                          boleh diberitahu kepada sesiapa yang bukan ahli Jawatankuasa Pemeriksa atau Senat.

                   (4)    Walau  apapun  dinyatakan  dalam  subperaturan  (2),  pemeriksa  sesuatu  kursus  boleh
                          memberitahu  kepada  calon  berkenaan  gred  bagi  kursus  individu  sebelum  mesyuarat
                          Jawatankuasa  Pemeriksa  dengan  syarat  gred  yang  dimaklumkan  sedemikian  hendaklah
                          tertakluk  kepada  pengesahan  Jawatankuasa  Pemeriksa  dan  kelulusan  Senat.  Keputusan
                          peperiksaan  boleh  diumumkan  kepada  calon  selepas  mesyuarat  Jawatankuasa  Pemeriksa
                          dengan  syarat  apa-apa  keputusan  yang  diumumkan  adalah  tertakluk  kepada  kelulusan
                          Senat.









                                                                                                           62
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68