Page 67 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 67

(1)    Calon  boleh  mendaftar  untuk  mengaudit  mana-mana  kursus  setelah  mendapat  kelulusan
                          pensyarah yang mengelola kursus tersebut dan Dekan Fakulti berkenaan.

                   (2)    Dekan  Fakulti  di  mana  calon  mengaudit  kursus  hendaklah  mengesahkan  calon  memenuhi
                          syarat minimum lapan puluh peratus kehadiran untuk melayakkan calon diberi Gred R bagi
                          kursus yang diaudit dan dicatat dalam transkrip.

                   (3)    Calon  audit  tidak  diwajibkan  menduduki  peperiksaan  bagi  kursus  berkenaan.  Sekiranya
                          menduduki, setelah mendapat kelulusan Dekan Fakulti berkenaan, gred sebenar akan dicatat
                          dan  sekiranya  calon  gagal,  Gred  R  akan  dicatat  di  dalam  transkrip.  Sebarang  gred  yang
                          dicatat tidak diambilkira untuk pengiraan PNG/PNGK.

                   (4)    Dalam keadaan tertentu dan tertakluk kepada syarat program pengajian Ijazah berkenaan,
                          kursus  audit  boleh  diterimapakai  sebagai  kursus  yang  memenuhi  prasyarat  kursus  atau
                          prasyarat program pengajian Ijazah.


            44.    Pelajar tidak bergraduat

                   Dekan  Fakulti  diberi  kuasa  untuk  menerima  masuk  seseorang  sebagai  pelajar  tidak  bergraduat
                   tertakluk kepada syarat berikut:

                   (a)   Tidak lebih dari satu tahun kalendar jika ia menjalani penyelidikan atau tidak lebih dari satu
                         sesi akademik jika ia mengikuti kursus; dan

                   (b)   Jumlah  kursus  yang  boleh  diambil  oleh  pelajar  pemerhati  tidak  boleh  lebih  daripada  dua
                         pertiga jumlah jam kredit maksimum yang ditetapkan untuk calon program pengajian Ijazah
                         dalam sesuatu semester.













































                                                                                                           66
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72