Page 65 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 65

lapan semester bagi program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan dari
                                 tarikh permulaan pendaftaran calon berkenaan.



                                                      BAHAGIAN X
                                                        RAYUAN

            39.    Rayuan untuk semakan semula keputusan peperiksaan kursus

                   (1)    Calon  yang  tidak  berpuashati  dengan  keputusan  peperiksaannya  boleh  merayu  untuk
                          semakan  semula  keputusan  peperiksaan.  Rayuan  hendaklah  dibuat  dalam  tempoh  dua
                          minggu dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan. Bagi maksud perenggan ini,
                          “tarikh pengumuman rasmi” hendaklah tarikh yang tercatat dalam slip keputusan peperiksaan
                          yang dihantar kepada  calon.

                   (2)    Satu  bayaran  atas  kadar  yang  ditetapkan  hendaklah  dikenakan  bagi  memproses  rayuan
                          untuk semakan semula keputusan peperiksaan. Bayaran itu tidak akan dikembalikan sama
                          ada rayuan berjaya atau tidak.

                   (3)    Rayuan  hendaklah  dibuat  dalam  borang  yang  ditetapkan  yang  boleh  didapati  dari  Institut
                          Pengajian  Siswazah  Universiti  atau  pusat  lain  sepertimana  yang  ditetapkan  oleh  Universiti
                          atau  Fakulti  berkenaan.  Borang  yang  telah  diisi  hendaklah  dikemukakan  kepada  Dekan
                          Fakulti  bersama  dengan  salinan  resit  yang  menunjukkan  bayaran  untuk  rayuan  itu  telah
                          dibuat.

                   (4)    Borang rayuan tidak akan diterima sekiranya ia—

                          (a)    dikemukakan selepas tempoh yang dinyatakan di dalam subperaturan  (1);

                          (b)    tidak lengkap; atau

                          (c)    dikemukakan tanpa resit bayaran.


            40.    Rayuan untuk meneruskan pengajian

                   (1)    Calon  yang  luput  pencalonannya  kerana  gagal  memperbaharui  pencalonannya,  boleh
                          mengemukakan  rayuan  untuk  meneruskan  pengajiannya.  Rayuan  hendaklah  dibuat  dalam
                          borang yang ditetapkan yang boleh didapati dari Institut Pengajian Siswazah Universiti atau
                          pusat lain sepertimana yang ditetapkan oleh Universiti atau Fakulti.

                   (2)    Kelulusan untuk mengaktifkan pencalonan hanya boleh diberi sekiranya  tempoh peluputan
                          pencalonannya  tidak  melebihi  dua  semester  pada  satu-satu  masa,  tertakluk  kepada  baki
                          tempoh  pencalonan  yang  masih  ada.  Calon  yang  rayuannya  diluluskan  perlu  membayar
                          denda mengikut kadar yang ditetapkan oleh Universiti.

                   (3)    Calon  yang  menghampiri  tempoh  maksimum  pencalonan  tetapi  masih  memerlukan  masa
                          untuk menyiapkan tesis boleh mengemukakan rayuan untuk melanjutkan tempoh maksimum
                          pencalonannya. Rayuan tersebut perlu dibuat pada semester terakhir sebelum pencalonan
                          tamat dan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan yang boleh didapati dari Institut
                          Pengajian  Siswazah  Universiti  atau  pusat  lain  sepertimana  yang  ditetapkan  oleh  universiti
                          atau Fakulti.

                   (4)    Pelanjutan  tempoh  maksimum  pencalonan  boleh  diberi  untuk  satu  semester  sahaja  pada
                          satu-satu masa. Walau apapun peruntukan subperaturan ini, tempoh pelanjutan maksimum
                          yang boleh diluluskan untuk seseorang calon hendaklah tidak melebihi dua semester.

                   (5)    Calon  yang  telah  gagal  peperiksaan  tesisnya  dan  tidak  berpuashati  dengan  keputusan
                          tersebut boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Timbalan Naib Canselor yang

                                                                                                           64
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70