Page 64 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 64

BAHAGIAN IX
                                                     PENGIJAZAHAN

            36.    Program pengajian secara Penyelidikan

                   Calon  hendaklah  memenuhi  keperluan-keperluan  berikut  untuk  tujuan  pengijazahan  bagi  program
                   pengajian secara penyelidikan:

                          (a)    Mencapai tahap lulus dalam peperiksaan tesisnya;

                          (b)    Lulus peperiksaan viva;

                          (c)    Memenuhi  keperluan  lain  yang  ditetapkan  oleh  Fakulti  di  mana  calon  mengikuti
                                 program pengajiannya; dan

                          (d)    Memenuhi keperluan bahasa sepertimana yang ditetapkan.


            37.    Program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan

                   Calon perlu memenuhi keperluan berikut untuk tujuan pengijazahan bagi program pengajian secara
                   Kursus dan Penyelidikan:

                          (a)    Memenuhi keperluan komponen kursus, iaitu—

                                 (i)   mencapai PNGK terakhir 3.0 dan ke atas;

                                (ii)   menyempurnakan  bilangan  jam  kredit  seperti  mana  yang  ditetapkan  untuk
                                     program  pengajiannya.  Daripada  jumlah  jam  kredit  yang  diperlukan  untuk
                                     pengijazahan, sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah jam kredit yang
                                     diperolehi hendaklah daripada kursus yang dijalankan oleh Universiti; dan

                                (iii)   memenuhi  keperluan  Fakulti  di  mana  ia  mendaftar  program  pengajiannya,  jika
                                     ada; dan

                          (b)    Memenuhi keperluan komponen penyelidikan, iaitu—

                                 (i)  mencapai tahap Lulus dalam peperiksaan tesisnya;

                                 (ii)  lulus peperiksaan viva yang ditetapkan; dan

                                 (iii)  memenuhi  keperluan  lain  yang  ditetapkan  oleh  Fakulti  di  mana  ia  mendaftar
                                     program pengajiannya, jika ada; dan

                          (c)    memenuhi  keperluan  bahasa  sepertimana  yang  ditetapkan  untuk  program
                                 pengajiannya.

            38.    Penganugerahan tesis cemerlang

                   Tesis layak dianugerahkan sebagai cemerlang sekiranya—

                          (a)    diperakukan cemerlang dalam laporan semua pemeriksa;

                          (b)    diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa; dan

                          (c)    disempurnakan dan diserahkan oleh calon untuk peperiksaan pada satu tempoh tidak
                                 melebihi  enam  semester  bagi  program  pengajian  Ijazah  secara  Penyelidikan  dan


                                                                                                           63
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69