Page 58 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 58

(G)    Gred W1, diberi apabila calon telah menarik diri secara rasmi daripada
                                              sesuatu semester.

                                       (H)    Gred  W2,  diberi  apabila  calon  telah  menarik  diri  secara  rasmi  dari
                                              Universiti.

                                       (I)    Gred UW, diberi bagi mana-mana kursus yang calon tidak menghadiri
                                              dan tidak menarik diri secara rasmi daripada sesuatu semester.

                          (d)    Penentuan prestasi akademik

                                 (i)   Prestasi akademik calon dalam sesuatu semester ditunjukkan oleh PNG dan
                                       PNGK.  PNG  ditentukan  dengan  membahagikan  jumlah  mata  gred  yang
                                       diperolehi  dengan  jumlah  jam  kredit  yang  diambil  dalam  sesuatu  semester.
                                       Berikut adalah contoh bagaimana PNG ditentukan:

                                 Kursus        Gred    Mata      Jam        Jam Kredit
                                                       Gred      Kredit     x
                                                                            Mata Gred

                                 K1            A       4.0       4          4x4.0=16.0
                                 K2            C+      2.3       3          3x2.3=  6.9
                                 K3            F       0.0       3          3x0.0=  0.0
                                 K4            C       2.0       3          3x2.0=  6.0
                                                                 ____                 _____
                                 Jumlah                          13                     28.9
                                                                 ____                  _____
                                                                            PNG           = 28.9
                                                                                                    13

                                                                                                = 2.22

                                       PNGK  ditentukan  dengan  membahagikan  jumlah  mata  gred  yang  diperolehi
                                       dengan jumlah jam kredit yang telah diambil mulai semester pertama sehingga
                                       semester terkini.

                                 (ii)   Mata  gred  dan  jam  kredit  yang  diperolehi  bagi  kursus-kursus  yang  didaftar
                                       dalam sesuatu semester hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan PNG dan
                                       PNGK untuk semester itu.

                                 (iii)   Jam  kredit  bagi  sesuatu  kursus  dengan  Gred  C-,  D+,  D  atau  F  akan
                                       dimasukkan  dalam  pengiraan  PNG  dan  PNGK  semester  berkenaan.  Kursus
                                       dengan gred ini tidak akan diberikan sebarang nilai jam kredit. gred UW akan
                                       ditukarkan  kepada  Gred  F  pada  penghujung  semester  berkenaan  dan
                                       diambilkira dalam penentuan PNG dan PNGK.

                                 (iv)   Gred I atau P bagi sesuatu kursus akan diambilkira dalam penentuan PNG dan
                                       PNGK apabila gred akhir bagi kursus itu diperolehi pada semester berkenaan
                                       yang berikut.

                                 (v)   Gred K, R, S, U, W, W1 dan W2 tidak akan diambilkira dalam penentuan PNG
                                       dan PNGK.

                                 (vi)   Nilai jam kredit akan diberi untuk kursus dengan Gred A, A-, B+, B, B-, C+, C,
                                       K dan S. Tiada nilai jam kredit akan diberi untuk kursus dengan Gred C-, D+,
                                       D, F, R, U, UW, W, W1 dan W2.  Bagi kursus yang disyaratkan lulus dengan
                                       sekurang-kurangnya  Gred  B,  nilai  jam  kredit  akan  diberi  apabila  calon  telah
                                       mencapai sekurang-kurangnya Gred B bagi kursus berkenaan. Kursus-kursus
                                       dengan Gred I dan P akan diberi nilai jam kredit apabila gred akhir melainkan
                                       Gred  C-,  D+,  D,  F  atau  U  bagi  kursus  itu  diperolehi  pada  semester  yang
                                       berikut.
                                                                                                           57
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63