Page 57 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 57

(A)    calon  tidak  mengambil  peperiksaan  akhir  bagi  mana-mana  kursus
                                              dalam  sesuatu  semester  atas  alasan  perubatan  (sakit)  atau
                                              perikemanusiaan   (simpati)   dan   gred   itu   diperakukan   oleh
                                              Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan; atau

                                       (B)    sebahagian  daripada  keperluan  kursus  masih  belum  disempurnakan
                                              atas  alasan  di  luar  kawalan  calon  yang  boleh  diterima  oleh
                                              Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan.

                                 (iv)   Dalam  keadaan  (A),  calon  dibenarkan  menduduki  peperiksaan  bagi  kursus
                                       berkenaan  tanpa  disyaratkan  mengikuti  semula  kursus  tersebut.  Manakala
                                       dalam keadaan (B), calon dibenarkan menyempurnakan sebahagian keperluan
                                       kursus berkenaan pada kesempatan pertama dalam semester berikutnya.

                                 (v)   Dalam  kedua-dua  keadaan  (A)  dan  (B),  calon  hendaklah  mendaftar  untuk
                                       mengikuti kursus berkenaan apabila ditawarkan dalam semester berikut yang
                                       terdekat. Yuran tidak akan dikenakan untuk pendaftaran kursus berkenaan dan
                                       jam kredit kursus berkenaan tidak akan diambilkira dalam bilangan jam kredit
                                       yang boleh didaftarkan dalam sesuatu semester.

                                 (vi)   Calon  akan  diberikan  markah  sifar  untuk  peperiksaan  akhir  atau  untuk
                                       sebahagian daripada keperluan kursus berkenaan sekiranya—

                                       (A)    ia tidak mendaftar dan mengambil peperiksaan akhir kursus berkenaan
                                              apabila  kursus  tersebut  ditawarkan  dalam  semester  berikut  yang
                                              terdekat; atau

                                       (B)    ia  tidak  menyempurnakan  sebahagian  daripada  keperluan  kursus
                                              tersebut pada kesempatan pertama dalam semester berikut, mengikut
                                              yang mana berkenaan.

                                 (vii)  Markah yang dicapai dalam peperiksaan akhir atau selepas menyempurnakan
                                       sebahagian daripada keperluan kursus berkenaan seperti yang dinyatakan di
                                       atas akan ditambahkan kepada markah bagi kursus yang diberi Gred I supaya
                                       gred sebenar bagi kursus tersebut diperolehi.

                                 (viii)  Calon  yang  diberi  Gred  I  untuk  sesuatu  kursus  tidak  dibenarkan  mengulang
                                       kursus berkenaan dalam apa-apa keadaan sekalipun sehingga Gred I tersebut
                                       digugurkan.

                                 (ix)   Selain daripada gred-gred seperti yang ditunjukkan dalam Skim Pemarkahan
                                       dan dalam subperenggan (i) dan Gred I dalam subperenggan (iii), gred-gred
                                       berikut juga boleh diberikan kepada calon untuk kursus yang diikutinya:

                                       (A)    Gred K, diberi bagi kursus yang diluluskan pengecualian kredit.

                                       (B)    Gred  P,  diberi  bagi  kursus  yang  dijalankan  lebih  daripada  satu
                                              semester.

                                       (C)    Gred S, diberi bagi kursus yang prestasi calon dinilai hanya dari segi
                                              memuaskan.

                                       (D)    Gred U, diberi bagi kursus yang prestasi calon dinilai hanya dari segi
                                              tidak memuaskan.

                                       (E)    Gred R, diberi bagi kursus yang didaftar oleh calon untuk mengaudit
                                              sahaja. Jam kredit tidak akan diberi untuk gred ini.

                                       (F)    Gred  W,  diberi  bagi  kursus  di  mana  calon  telah  menarik  diri  secara
                                              rasmi daripada satu atau lebih kursus dalam sesuatu semester.
                                                                                                           56
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62