Page 25 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 25

KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA

                                     (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

                PADA menjalankan  kuasa yang diberi oleh seksyen 31  dan subseksyen  32(1) Perlembagaan Universiti
                Malaya 1997 [P.U. (A) 107], Lembaga Pengarah Universiti membuat kaedah-kaedah berikut:


                                                         BAHAGIAN I
                                                        PERMULAAN

                1.     Nama, Mula Berkuasa dan Pemakaian
                       (1)    Kaedah-Kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Doktor
                              Falsafah) 2007 dan hendaklah berkuat kuasa mulai sesi akademik 2007/2008.

                       (2)    Kaedah-kaedah ini hendaklah terpakai kepada semua calon program pengajian ijazah Doktor
                              Falsafah yang diterima masuk sebelum dan pada sesi akademik 2007/2008 dan selepas itu.

                2.     Tafsiran
                Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteks menghendaki makna yang lain—

                       “bilik peperiksaan” ertinya premis untuk menjalankan peperiksaan  bagi sesuatu kursus atau kursus-
                       kursus;

                       “calon" ertinya seseorang yang  telah  berdaftar  bagi  menjalani  program pengajian ijazah  Doktor
                       Falsafah;

                       "Dekan Fakulti" ertinya Dekan Fakulti  Universiti dan termasuk  mana-mana  Pengarah  atau Ketua
                       Akademi,  Pusat,  Sekolah atau  Institut yang dilantik di bawah subseksyen  21(4) dan  (5)
                       Perlembagaan;

                       "Fakulti" ertinya mana-mana Fakulti Universiti  dan  termasuk mana-mana Sekolah,  Pusat, Akademi
                       dan Institut Universiti yang ditubuhkan di bawah subseksyen 21(1) Perlembagaan;

                       “Ijazah” ertinya ijazah Doktor Falsafah Universiti;

                       "Jabatan" ertinya mana-mana jabatan  pengajian Fakulti dan termasuk mana-mana  bahagian
                       pengajian Fakulti;

                       “Jawatankuasa Pemeriksa”  ertinya jawatankuasa  yang  ditubuhkan di  setiap Fakulti untuk  maksud
                       menimbang dan  menilai keputusan peperiksaan calon  sepertimana  yang diperuntukkan dalam
                       peraturan-peraturan kepada Kaedah-Kaedah ini;

                       “Ketua Jabatan”  ertinya Ketua mana-mana Jabatan pengajian Fakulti termasuk Pengerusi mana-
                       mana bahagian pengajian Fakulti atau Penyelaras Program di mana berkenaan;

                       "kursus" ertinya satu  unit pengajian  atau latihan  yang dijalankan sepanjang  satu tempoh  yang
                       ditetapkan;

                       "laporan  penyelidikan"  ertinya  hasil penyelidikan yang  telah  dijalankan oleh  calon semasa
                       pencalonannya, dan termasuk kertas penyelidikan, kertas  projek, laporan projek dan  hasil
                       penyelidikan berkenaan yang dikenali dengan apa-apa jua nama;

                       "Naib  Canselor" ertinya ketua pegawai eksekutif dan  akademik Universiti yang  dilantik di bawah
                       subseksyen 12(1) Perlembagaan;

                       “pemeriksa dalam” ertinya seseorang guru sepenuh masa atau separuh masa Universiti yang dilantik
                       oleh Fakulti untuk memeriksa sesuatu kursus, sebahagian daripada kursus itu atau tesis calon;

                       “pemeriksa  luar’ ertinya seseorang  bukan guru  sepenuh masa atau separuh  masa  Universiti  yang
                       dilantik oleh Senat untuk memeriksa kursus program pengajian Ijazah atau tesis calon;

                                                                                                          24
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30