Page 29 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 29

yang  ditetapkan dalam  subkaedah (2) dengan syarat bahawa  pelanjutan  berkenaan tidak
                              melebihi tempoh dua semester.


                                                        BAHAGIAN VI
                                              STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN

                10.    Struktur program pengajian

                       (1)    Bagi program pengajian Ijazah secara Penyelidikan, calon  dikehendaki menjalankan
                              penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada penghasilan tesis. Walau bagaimanapun
                              calon boleh disyaratkan  untuk mengikuti kursus-kursus tertentu  sebagaimana yang
                              ditetapkan oleh Universiti atau Fakulti yang berkenaan.

                       (2)    Bagi program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan, calon dikehendaki mengikuti
                              program tersebut berdasarkan  struktur program pengajian   sepertimana yang ditetapkan
                              dalam Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawah Kaedah-Kaedah ini.


                                                        BAHAGIAN VII
                                                      SYARAT BAHASA

                11.    Syarat bahasa Malaysia

                       (1)    Calon warganegara Malaysia dikehendaki memperoleh sekurang-kurangnya gred lulus dalam
                              Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Peringkat III
                              Sijil Kecekapan Bahasa Malaysia atau Peringkat III Sijil Intensif Bahasa Malaysia Universiti
                              atau di peringkat setaraf dengannya sebelum dianugerahkan Ijazahnya.

                       (2)    Calon bukan  warganegara Malaysia dikehendaki  menghadiri dengan memuaskan suatu
                              kursus bahasa Malaysia yang dikendalikan oleh Universiti sebelum dianugerahkan Ijazahnya
                              melainkan ia memperoleh sekurang-kurangnya gred lulus dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
                              Malaysia di peringkat  Sijil Pelajaran  Malaysia atau Peringkat III Sijil Kecekapan  Bahasa
                              Malaysia atau  Peringkat III Sijil Intensif Bahasa  Malaysia  Universiti  atau kursus bahasa
                              Malaysia yang diiktiraf oleh Universiti.

                       (3)    Walau apapun yang diperuntukkan  oleh subkaedah  (1)  dan (2) keperluan  syarat  bahasa
                              Malaysia adalah dikecualikan  bagi calon yang telah  mengikuti  pengajian  dalam bahasa
                              kebangsaan di Institusi Pengajian Tinggi tempatan.


                12.    Syarat bahasa  Inggeris

                       (1)    Calon bukan warganegara Malaysia yang memperoleh ijazahnya atau ijazah-ijazahnya dari
                              universiti  atau institusi  pengajian tinggi yang tidak menggunakan bahasa  Inggeris sebagai
                              bahasa  pengantar  bagi ijazah atau ijazah-ijazah   berkenaan  yang ingin menulis tesisnya
                              dalam bahasa Inggeris atau di mana program pengajian  Ijazah yang  ingin  diikutinya
                              dijalankan dalam bahasa lnggeris adalah dikehendaki—

                              (a)    memperolehi skor sebanyak 550 untuk jumlah berasaskan kertas, skor sebanyak 213
                                     bagi  jumlah berasaskan  komputer  atau skor sebanyak  80 bagi jumlah  berasaskan
                                     internet bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL);  atau

                              (b)    memperolehi  band  6 bagi  International English Language Testing System (IELTS).

                       (2)    Sekiranya calon tidak  mempunyai kelayakan yang ditetapkan dalam perenggan (1)(a)  dan
                              (b), calon hendaklah menghadiri mana-mana kursus bahasa Inggeris dan lulus mana-mana
                              ujian bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Senat sebelum memulakan penulisan tesisnya.

                       (3)    Walau apapun yang diperuntukkan dalam subkaedah (1) dan (2), Fakulti boleh berdasarkan
                              keperluan program pengajian Ijazah, mengenakan―

                                                                                                          28
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34