Page 31 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 31

18.    Pengecualian pemakaian

                       Walau apapun dinyatakan di bawah Kaedah ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya,
                       Senat boleh memberi pengecualian mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini.

                19.    Pematuhan statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Universiti

                       Setiap calon adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan
                       Universiti Malaya, semua Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan lain yang sedia terpakai di
                       Universiti termasuk Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

                20.    Pembatalan

                       (1)    Akta Doktor Falsafah IX dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya adalah dengan ini
                              dibatalkan.

                       (2)    Walau apapun yang diperuntukkan dalam subkaedah (1), dan tertakluk kepada pematuhan
                              Akta  Doktor Falsafah  IX  dan  peraturan-peraturan  yang  dibuat di bawahnya, pencalonan
                              seorang calon yang  berdaftar  di  bawah Akta  Doktor Falsafah  IX dan peraturan-peraturan
                              yang dibuat di bawahnya, hendaklah pada permulaan Kaedah-Kaedah ini terus mempunyai
                              kuat kuasa  dan kesan seolah-olah calon itu telah  berdaftar  di  bawah Kaedah-Kaedah ini
                              tetapi selepas itu pencalonan calon itu akan tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini.



















































                                                                                                          30
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36