Page 26 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 26

"Pendaftar" ertinya seorang  pegawai Universiti seperti mana yang  diperuntukkan di bawah
                       subseksyen 13(1) Perlembagaan;

                       “pengawas”  ertinya  pengawas  dan termasuk  ketua pengawas yang dilantik oleh  Naib  Canselor
                       daripada kalangan guru sepenuh masa Universiti untuk mengawas peperiksaan program pengajian
                       Ijazah;

                       "penyelia" ertinya seseorang  yang dilantik oleh  Fakulti daripada  kalangan kakitangan akademik
                       Universiti  dan termasuk  Profesor  Emeritus Universiti,  Profesor Adjung Universiti, penyelidik pasca-
                       doktoral atau felo penyelidik untuk menyelia calon dalam program pengajiannya;

                       “penyelia bersama" ertinya seseorang yang dilantik oleh Fakulti daripada  kalangan kakitangan
                       akademik yang telah meninggalkan  perkhidmatan  Universiti di  mana khidmat seliaannya  masih
                       diperlukan untuk  membantu calonnya menyempurnakan  program  pengajian dan boleh  termasuk
                       kakitangan akademik dari universiti lain yang dilantik;

                       "Perlembagaan" ertinya Perlembagaan Universiti Malaya;

                       “perunding" ertinya seseorang yang bukan kakitangan akademik mana-mana universiti yang dilantik
                       oleh Fakulti untuk membantu dalam penyeliaan calon dalam program pengajiannya;

                       “program  pengajian" ertinya kumpulan-kumpulan kursus, latihan dan  penyelidikan atau  gabungan
                       kursus,  latihan dan  penyelidikan yang  dirancang  dan ditawarkan bagi memenuhi keperluan  untuk
                       anugerah ijazah;

                       “program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan” ertinya program pengajian yang ditakrifkan di
                       bawah perenggan 3(b);

                       “program pengajian secara Penyelidikan” ertinya program pengajian yang ditakrifkan di bawah
                       perenggan 3(a);

                       "semester' ertinya tempoh  tertentu  di dalam sesuatu sesi  akademik dan terdiri daripada semester
                       biasa dan semester khas;

                       “semester biasa”  ertinya  Semester I atau  Semester  II  sepertimana  yang dinyatakan  dalam  Jadual
                       Semester;

                       "Senat" ertinya salah satu Pihak Berkuasa Universiti  yang ditubuhkan  di bawah  subseksyen  20(1)
                       Perlembagaan;

                       “sesi akademik" ertinya tempoh pengajian sesuatu program  pengajian yang  terdiri daripada dua
                       semester biasa termasuk semester khas;

                       “tahun akademik" ertinya  tempoh dua belas bulan  yang tarikh  permulaan  dan tarikh  akhirnya
                       hendaklah seperti mana yang ditetapkan oleh Universiti;

                       “tahun kalendar” ertinya jangka waktu (masa) yang tempohnya adalah dua belas bulan;

                       "tempat  pengajian" ertinya Universiti termasuk  mana-mana  tempat lain yang  diluluskan oleh
                       Universiti;

                       "tesis" ertinya suatu hasil bertulis dari penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan program
                       pengajian Ijazah;

                       "Universiti" ertinya Universiti Malaya.









                                                                                                          25
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31