Page 28 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 28

BAHAGIAN III
                                                       PENDAFTARAN

                5.     Pendaftaran
                       (1)    Sesiapa yang ditawarkan oleh  Universiti untuk mengikuti  program pengajian  Ijazah  dan
                              menerima tawaran tersebut  dikehendaki mendaftar mengikut peraturan  di bawah
                              Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Doktor Falsafah) 2007.
                       (2)    Tertakluk kepada subkaedah (3), sesiapa yang mendaftar seperti yang tersebut di subkaedah
                              (1) adalah pelajar Universiti dan digelar calon program pengajian Ijazah. Nama calon tersebut
                              hendaklah disenaraikan dalam daftar pelajar Universiti sehingga calon berjaya menamatkan
                              program pengajiannya dan Senat mengesahkan calon tersebut layak dianugerahkan Ijazah
                              atau  sehingga atas  sebab tertentu calon tersebut    hilang status  menjadi pelajar  Universiti
                              mengikut yang mana terdahulu.

                       (3)    Setiap calon yang telah  mendaftar  untuk program pengajian yang telah  ditawarkan
                              kepadanya hendaklah mendaftar secara berterusan dengan Universiti.
                       (4)    Mana-mana calon yang gagal mendaftar secara berterusan dengan Universiti akan terhenti
                              daripada menjadi pelajar dan namanya akan digugurkan  daripada  senarai  daftar  pelajar
                              Universiti.
                       (5)    Walau apapun  yang  dinyatakan  oleh  subkaedah (1) dan tertakluk kepada subkaedah (3),
                              Senat boleh pada bila-bila masa menamatkan pendaftaran mana-mana calon sekiranya pada
                              pandangan Senat calon tersebut atas sebab-sebab  akademik  yang  ditentukan  oleh Senat,
                              tidak mampu  meneruskan  program pengajiannya dan  nama calon tersebut  hendaklah
                              digugurkan dari senarai daftar  pelajar Universiti dan calon tersebut hendaklah terhenti
                              daripada menjadi pelajar Universiti.


                                                        BAHAGIAN IV
                                                         BAYARAN

                6.     Yuran dan bayaran lain
                       Calon  hendaklah  menjelaskan semua  yuran  dan bayaran lain  yang  ditetapkan mengikut  peraturan
                       sepertimana yang  diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Universiti  Malaya  (Ijazah  Doktor
                       Falsafah) 2007.

                7.     Hak mengubah kadar yuran dan bayaran lain

                       Pihak Universiti mempunyai hak mutlak untuk mengubah kadar yuran dan apa-apa kadar bayaran lain
                       yang ditetapkan tanpa notis terlebih dahulu kepada calon.


                                                            BAHAGIAN V
                                                   TEMPOH PROGRAM PENGAJIAN

                8.     Tempoh program pengajian
                       Calon hendaklah mengikuti dan menamatkan program pengajiannya dalam tempoh yang ditetapkan.

                9.     Tempoh minimum dan tempoh maksimum

                       (1)    Tempoh minimum bagi  program  pengajian Ijazah  adalah selama empat  semester  biasa
                              melainkan Senat meluluskan suatu tempoh yang berlainan.

                       (2)    Tempoh maksimum bagi  program pengajian Ijazah adalah selama enam  belas semester
                              biasa.

                       (3)    Walau apapun yang dinyatakan dalam subkaedah (1) dan (2) dalam keadaan tertentu Dekan
                              Institut Pengajian  Siswazah  atau pegawai  lain sepertimana yang  ditetapkan  oleh Universiti
                              boleh  melanjutkan tempoh  pencalonan yang melampaui  tempoh maksimum  sepertimana
                                                                                                          27
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33