Page 30 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 30

(a)    peringkat  kecekapan bahasa Inggeris  yang lebih tinggi  bagi calon  bukan
                                     warganegara Malaysia;
                              (b)    peringkat kecekapan  bahasa Inggeris yang  minimum bagi  calon  warganegara
                                     Malaysia; atau
                              (c)    syarat minimum bahasa Inggeris sebagai syarat kemasukan ke program pengajian
                                     Ijazah.


                                                           BAHAGIAN VIII
                                                           PEPERIKSAAN


                13.    Peperiksaan

                       Peperiksaan hendaklah diadakan bagi program pengajian Ijazah secara―

                       (a)    Penyelidikan; dan

                       (b)    Kursus dan Penyelidikan,

                       yang tertakluk kepada peraturan-peraturan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah
                       Doktor Falsafah) 2007.


                                                        BAHAGIAN IX
                                                       PENGIJAZAHAN

                14.    Syarat pengijazahan

                       Ijazah boleh dianugerahkan kepada calon yang telah―

                       (a)    memenuhi segala keperluan Kaedah-Kaedah ini  dan  apa-apa peraturan yang  dibuat  di
                              bawahnya;

                       (b)    diputuskan  dan diperakukan supaya dikurniakan Ijazah  oleh Jawatankuasa Pemeriksa dan
                              diluluskan oleh Senat; dan

                       (c)    membayar semua yuran dan bayaran lain yang ditetapkan oleh Universiti.


                                                        BAHAGIAN X
                                                             AM


                15.    Kemasukan pelajar pemerhati

                       (1)    Pelajar Pemerhati ialah seseorang yang diluluskan untuk mengikuti mana-mana kursus yang
                              ditawarkan  bagi program pengajian  Ijazah, sama ada  atau tidak untuk  tujuan mendapat
                              kredit. Mereka bukanlah pelajar program pengajian Universiti.

                       (2)    Kemasukan pelajar pemerhati hendaklah atas budi bicara Dekan Fakulti.


                16.    Penamatan pencalonan

                       Senat berhak menamatkan pencalonan seseorang calon yang didapati telah memberikan maklumat
                       palsu serta tidak benar berkenaan dengan kemasukannya ke Universiti.

                17.    Kuasa Senat membuat peraturan

                       Senat  boleh membuat peraturan-peraturan pada amnya sebagaimana yang  perlu  bagi  maksud
                       melaksanakan atau menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Kaedah-Kaedah ini.

                                                                                                          29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35