Page 27 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 27

BAHAGIAN II
                                       PROGRAM PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN

                3.     Program Pengajian
                       Program-program pengajian hendaklah diklasifikasikan seperti berikut:

                       (a)    Ijazah Doktor Falsafah secara Penyelidikan,  iaitu  program pengajian yang  dilaksanakan
                              secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada penghasilan tesis; dan
                       (b)    Ijazah  Doktor Falsafah secara Kursus dan Penyelidikan, iaitu  program pengajian yang
                              dilaksanakan secara gabungan perkuliahan dan penyelidikan melainkan kebenaran bertulis
                              telah diperoleh terlebih dahulu, calon hendaklah menjalankan penyelidikan setelah ia berjaya
                              menyempurnakan  semua perkuliahan  yang ditetapkan  dalam  kurikulum program pengajian
                              yang membawa kepada penghasilan tesis.


                4.     Syarat Kemasukan
                       (1)    Kelayakan minimum bagi kemasukan ke program pengajian Ijazah hendaklah seperti berikut:

                              (a)    Ijazah Sarjana; atau

                              (b)    Ijazah Sarjana Muda Perubatan atau Pergigian; serta

                              menunjukkan bukti yang mencukupi tentang latihan dan keupayaan untuk mengikuti program
                              pengajian Ijazah.

                       (2)    Walau apapun peruntukan dalam perenggan (1)(a) dan (b), dalam kes-kes yang tertentu dan
                              tertakluk kepada kelulusan Senat, Fakulti  boleh  diberi kelonggaran  untuk menerima  calon
                              yang mempunyai kelayakan selain daripada yang terkandung dalam syarat kemasukan yang
                              sedia ada.

                       (3)    Walau apapun yang  diperuntukkan oleh subkaedah (1)  dan  (2), Universiti boleh
                              mempertimbangkan untuk menerima  masuk ke program  pengajian Ijazah seseorang  yang
                              mempunyai kelayakan  ijazah Sarjana  Muda  yang cemerlang  (PNGK  3.7  dan ke atas  atau
                              yang setaraf dengannya), tertakluk kepada kemajuan pengajiannya akan dipantau dan calon
                              dikehendaki membentangkan  kemajuan  penyelidikannya  dalam satu seminar dalam
                              tempoh—

                              (a)    dua semester dari tarikh pendaftarannya, bagi  program pengajian  Ijazah  secara
                                     Penyelidikan; atau

                              (b)    empat  semester  dari tarikh pendaftarannya,  bagi  program pengajian Ijazah secara
                                     Kursus dan Penyelidikan.

                       (4)    Sekiranya kemajuan pengajiannya memuaskan, calon boleh dibenarkan untuk meneruskan
                              pencalonannya sebagai calon Ijazah,  tetapi sekiranya  kemajuan pengajiannya tidak
                              memuaskan, status pencalonannya ditukarkan kepada ijazah Sarjana yang berkenaan.

                       (5)    Kemasukan  seseorang calon  hendaklah atas budi bicara Fakulti. Walau  bagaimanapun
                              dalam keadaan-keadaan tertentu Dekan Fakulti boleh, atas perakuan Timbalan Dekan yang
                              bertanggungjawab bagi urusan  program  pascasiswazah dan Ketua Jabatan  berkenaan,
                              menerima masuk seseorang yang memenuhi kelayakan berikut:

                              (a)    Ijazah Sarjana Muda  dalam bidang berkaitan dan PNGKnya tidak kurang daripada
                                     3.0 (atau setaraf dengannya); dan

                              (b)    Ijazah Sarjana Dengan Cemerlang dalam bidang berkaitan  atau ijazah Sarjana
                                     dengan PNGK  tidak  kurang  daripada 3.0 (atau setaraf  dengannya) mengikut  yang
                                     mana berkaitan.




                                                                                                          26
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32