Page 42 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 42
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
(IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007
PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh kaedah 17 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Doktor
Falsafah) 2007, Senat membuat peraturan-peraturan berikut:
1. Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian
(1) Peraturan-Peraturan ini dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (ljazah Doktor
Falsafah) 2007 dan hendaklah berkuatkuasa mulai sesi akademik 2007/2008.
(2) Peraturan ini hendaklah terpakai kepada semua calon program pengajian ijazah Doktor
Falsafah yang diterima masuk sebelum dan pada sesi akademik 2007/2008 dan selepas itu.
BAHAGIAN II
PERMOHONAN KEMASUKAN
2. Iklan dan kemasukan
(1) Program pengajian Ijazah Universiti hendaklah diiklankan dari semasa ke semasa.
(2) Permohonan masuk ke program pengajian Ijazah hendaklah dibuat melalui borang
permohonan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
(3) Permohonan kemasukan ke program pengajian Ijazah hendaklah sampai ke Institut
Pengajian Siswazah Universiti atau mana-mana pusat sepertimana yang ditetapkan oleh
Universiti. Sekiranya Universiti menetapkan tarikh tutup permohonan untuk kemasukan ke
program pengajian Ijazah, permohonan kemasukan tersebut hendaklah sampai pada atau
sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan.
BAHAGIAN III
PENDAFTARAN
3. Pendaftaran permulaan
(1) Calon program pengajian Ijazah secara Penyelidikan boleh mendaftar untuk program
pengajian tersebut pada bila-bila masa asalkan ianya tidak melebihi enam bulan daripada
tarikh surat tawaran dikeluarkan atau dalam tempoh seperti yang ditetapkan oleh Fakulti di
mana program pengajian tersebut diikuti.
(2) Calon program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan hendaklah mendaftar untuk
program pengajiannya tidak lewat dari dua minggu dari tarikh permulaan semester di mana ia
telah ditawarkan kemasukan ke program pengajian tersebut.
(3) Sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan atau dalam mana-mana
tempoh penangguhan yang diluluskan maka tawaran kemasukan ke program pengajian
Ijazah akan luput dengan sendirinya.
(4) Dalam keadaan tertentu, Dekan Institusi Pengajian Siswazah atau mana-mana pegawai yang
ditetapkan oleh Universiti atas perakuan Dekan Fakulti boleh membenarkan calon
menangguhkan pendaftaran permulaannya ke semester yang berikutnya.
4. Pendaftaran kursus
(1) Calon untuk program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan dikehendaki
mengikuti program tersebut berdasarkan struktur program pengajian sepertimana yang
ditetapkan di bawah Jadual 1 kepada Peraturan-Peraturan ini.
(2) Calon dikehendaki mendaftar untuk kursus-kursus yang ditetapkan di bawah Jadual II kepada
Peraturan-Peraturan ini bagi program pengajian Ijazah yang diikutinya.
41