Page 43 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 43
(3) Calon diberi tempoh masa selama dua minggu dari tarikh permulaan semester untuk
menyempurnakan urusan pendaftaran kursus. Calon yang tidak menyempurnakan
pendaftaran kursus dalam tempoh ini tidak boleh mengikuti kursus tersebut.
(4) Walau apapun peruntukan subperaturan (3), seseorang calon boleh sebagai kes khas atas
perakuan Dekan Fakulti, boleh diluluskan untuk mendaftar lewat atau secara kebelakangan
sekiranya calon dapat memenuhi lapan puluh peratus daripada kehadiran kelas untuk
semester berkenaan bagi kursus tersebut. Calon tersebut akan dikenakan bayaran denda
atas kadar yang ditetapkan di samping yuran-yuran lain yang ditetapkan bagi kursus
berkenaan.
5. Pembaharuan pencalonan
(1) Calon program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan hendaklah memperbaharui
pencalonannya tidak lewat dari dua minggu dari tarikh permulaan semester yang berkenaan.
(2) Calon program pengajian Ijazah secara Penyelidikan hendaklah memperbaharui
pencalonannya tidak lewat dari tujuh minggu dari tarikh permulaan semester yang berkenaan.
(3) Kegagalan calon untuk memperbaharui pencalonannya dalam tempoh seperti yang
ditetapkan dalam subperaturan (1) atau (2) boleh menyebabkan pencalonannya diluputkan
melainkan calon dibenarkan mendaftar lewat. Calon akan dikenakan bayaran denda atas
kadar yang ditetapkan di samping yuran-yuran lain yang ditetapkan.
6. Pendaftaran serentak
(1) Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), calon tidak dibenarkan berdaftar serentak
untuk program pengajian lain yang membawa kepada penganugerahan sesuatu ijazah di
Universiti ini atau di universiti atau institusi lain.
(2) Fakulti boleh membenarkan calon mendaftar serentak untuk program pengajian lain yang
membawa kepada penganugerahan sesuatu ijazah di Universiti ini atau di universiti atau
institusi lain dengan syarat—
(a) calon itu telah mengemukakan kepada Fakulti tesisnya untuk pemeriksaan; dan
(b) program pengajian itu tidak sama dengan program pengajian yang didaftarnya di
Universiti ini.
(3) Dalam keadaan di mana Universiti mengadakan program kerjasama dengan universiti atau
institusi lain yang membawa kepada penganugerahan sesuatu ijazah, calon boleh dibenarkan
untuk pendaftaran serentak.
(4) Calon dengan kelulusan daripada Dekan Fakulti boleh mendaftar dan mengikuti pada
mana-mana satu masa, suatu program Iatihan dalam perkhidmatan yang diminta oleh
majikannya jika program tersebut dijalankan bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun.
(5) Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), mana-mana calon yang didapati melanggar
subperaturan (1) boleh ditamatkan pengajiannya tanpa pembayaran balik yuran dan bayaran
lain yang telah dibayar.
7. Kehadiran dalam program pengajian
(1) Calon hendaklah menghadiri semua program latihan dan penyelidikan berkaitan dengan
program pengajian yang diikutinya melainkan calon berkenaan diberi cuti sakit atau cuti
bersalin oleh pegawai perubatan berdaftar atau diberi kebenaran untuk tidak hadir oleh
Dekan Fakulti.
(2) Calon boleh dengan kelulusan Fakulti menjalani sebahagian program pengajiannya di
institusi lain.
8. Penarikan diri
(1) Peruntukan berikut adalah terpakai bagi penarikan diri dari kursus:
42