Page 47 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 47

(c)   Gred atau  mata gred  yang diperolehi untuk  kursus  berkenaan adalah  tidak  kurang
                                   daripada B atau 3.0; dan

                              (d)   Kursus yang dipohon  untuk pengecualian kredit hendaklah kursus  dari  program
                                   pengajian yang setaraf dengan program pengajian ijazah.

                       (2)    Kursus yang diluluskan  pengecualian  kredit  akan  diberikan Gred   K dan jam kredit tidak
                              diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.

                       (3)    Dalam keadaan  tertentu, kursus  yang  tidak diluluskan  untuk pemindahan kredit  boleh
                              dipertimbangkan  untuk pengecualian kredit tertakluk kepada syarat-syarat  di subperaturan
                              (1).

                15.    Permohonan pemindahan dan pengecualian kredit

                       (1)    Permohonan untuk  pemindahan  atau pengecualian kredit  hendaklah dibuat dengan
                              menggunakan  borang tertentu yang  boleh  didapati  di Fakulti masing-masing.  Borang yang
                              telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti tidak lewat dari hari Jumaat
                              minggu kuliah kedua semester biasa bersama-sama dengan—

                              (a)   bayaran yuran proses atas kadar yang ditetapkan. Yuran ini tidak akan dikembalikan;

                              (b)   silibus dan  sistem pemarkahan kursus  yang  dipohon untuk pemindahan atau
                                   pengecualian kredit; dan

                              (c)   satu salinan transkrip.

                       (2)    Jumlah maksimum jam kredit yang boleh dipindah dan dikecualikan tidak boleh melebihi satu
                              pertiga jam kredit  daripada komponen kursus program pengajian Ijazah.

                       (3)    Calon akan dimaklumkan secara bertulis mengenai keputusan permohonan pemindahan atau
                              pengecualian kredit yang dipohon.


                                                        BAHAGIAN VI
                                                        PENYELIAAN

                16.    Penyeliaan dan kemajuan pencalonan

                       (1)    Fakulti  hendaklah melantik seorang penyelia bagi setiap  calon. Bagi pencalonan yang
                              memerlukan lebih daripada seorang penyelia, Fakulti boleh melantik penyelia tambahan yang
                              hendaklah mempunyai status yang  sama dengan  penyelia pertama  yang dilantik.  Penyelia
                              hendaklah menjalankan peranan  dan  tanggungjawab sepertimana yang ditetapkan oleh
                              Universiti.

                       (2)    Profesor Adjung Universiti, penyelidik pasca-doktoral atau felo penyelidik boleh dilantik oleh
                              Fakulti sebagai penyelia calon dengan syarat seorang penyelia tambahan daripada kalangan
                              kakitangan akademik Universiti dilantik bersama untuk menyelia calon tersebut.

                       (3)    Fakulti boleh  melantik  seorang penyelia  bersama  bagi mana-mana calon tertakluk kepada
                              persetujuan antara staf tersebut dengan Fakulti yang berkenaan.

                       (4)    Fakulti boleh melantik seorang perunding bagi mana-mana calon. Bagi maksud peraturan ini,
                              istilah  “perunding” hendaklah  digunakan  bagi pelantikan  pakar  luar yang bukan daripada
                              kalangan kakitangan akademik.

                       (5)    Penyelia, penyelia bersama (jika ada) dan perunding (jika ada) hendaklah dilantik sebelum
                              pendaftaran  permulaan calon  atau pada  masa lain mengikut keperluan.  Fakulti berhak
                              menambah, mengurang  atau menukar mana-mana  penyelia, penyelia bersama atau
                              perunding dari semasa ke semasa sebagaimana dianggap wajar oleh Universiti.

                                                                                                          46
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52