Page 51 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 51
mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa atas jemputan dan bukan sebagai ahli Jawatankuasa
Pemeriksa.
(5) Melainkan apa yang diperuntukkan dalam subperaturan (3), jika Dekan Fakulti atau Dekan
Institut Pengajian Siswazah atau mana-mana pegawai sepertimana yang ditetapkan oleh
Universiti atas apa-apa sebab tidak dapat menjalankan kewajipannya sebagai pengerusi
Jawatankuasa Pemeriksa, Timbalan Dekan yang bertanggungjawab untuk pascasiswazah
atau Timbalan Dekan Institut Pengajian Siswazah atau mana-mana pegawai sepertimana
yang ditetapkan oleh Universiti boleh menjalankan kewajipan Dekan sebagai pengerusi
Jawatankuasa Pemeriksa dengan persetujuan Naib Canselor.
(6) Ahli Jawatankuasa Pemeriksa tidak boleh menurunkan kuasa kepada mana-mana orang lain
yang bukan ahli Jawatankuasa Pemeriksa untuk mewakilkan beliau dalam mesyuarat
Jawatankuasa Pemeriksa kecuali dengan persetujuan bertulis daripada Naib Canselor.
(7) Pendaftar atau wakilnya akan menjadi setiausaha dalam mesyuarat Jawatankuasa
Pemeriksa.
(8) Penyelia boleh dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud menasihat
perkara yang dibincangkan tetapi tidak berhak mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian
dan apa-apa keputusan peperiksaan tesis calon.
(9) Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah menimbang laporan pemeriksa mengenai tesis calon,
menjalankan peperiksaan viva dan mengambil suatu keputusan mengenai tahap pencapaian
tesis itu menurut peruntukan Peraturan-Peraturan ini untuk diperakukan kepada Senat.
Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah juga melaporkan kepada Senat apa-apa perkara yang
berkaitan dengan mutu atau perjalanan sesuatu peperiksaan.
23. Program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan
(1) Jawatankuasa Pemeriksa yang berasingan adalah diperlukan bagi komponen kursus dan
komponen penyelidikan.
(2) Jawatankuasa Pemeriksa untuk komponen penyelidikan hendaklah sepertimana yang
diperuntukkan di dalam subperaturan 22(1) di atas.
(3) Keanggotaan Jawatankuasa Pemeriksa untuk komponen kursus hendaklah terdiri daripada
berikut yang diluluskan oleh Senat:
(a) Dekan Fakulti sebagai Pengerusi;
(b) Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi Fakulti atau Timbalan Dekan yang
bertanggungjawab bagi urusan program pascasiswazah di Fakulti di mana Timbalan
Dekan berkenaan bukan Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi Fakulti;
(c) Seorang profesor yang dilantik oleh Fakulti;
(d) Ketua Jabatan atau Penyelaras Program atau Pengerusi Bahagian yang berkenaan;
(e) Penyelaras bidang berkenaan yang bertanggungjawab untuk mana-mana kursus atau
rancangan pengajian yang bukan dalam jabatan/Fakulti.
(f) Pemeriksa luar berkenaan; dan
(g) Mana-mana pemeriksa yang terdiri daripada guru sepenuh masa atau orang lain yang
dilantik oleh Fakulti
(4) Korum untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa bagi komponen kursus adalah terdiri
daripada Pengerusi dan satu pertiga daripada keahlian Jawatankuasa Pemeriksa.
50