Page 52 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 52

(5)    Guru  separuh  masa Universiti boleh dijemput  menghadiri mesyuarat  Jawatankuasa
                              Pemeriksa.

                       (6)    Ahli  Jawatankuasa Pemeriksa tidak  boleh menurun kuasa kepada mana-mana  orang lain
                              yang  bukan ahli Jawatankuasa Pemeriksa  untuk mewakili  beliau dalam mesyuarat
                              Jawatankuasa Pemeriksa.

                       (7)    Pendaftar  atau wakilnya akan menjadi  setiausaha dalam mesyuarat  Jawatankuasa
                              Pemeriksa.

                       (8)    Sekiranya berlaku kecemasan, Naib Canselor boleh melantik  mana-mana guru sepenuh
                              masa Universiti  sebagai  ahli sesuatu  Jawatankuasa Pemeriksa dengan syarat pelantikan
                              sedemikian hendaklah dilaporkan kepada Senat secepat mungkin.

                       (9)    Fungsi Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut:

                              (a)   menimbang  keputusan peperiksaan  menurut Skim Pemarkahan sepertimana  yang
                                   diperuntukkan dalam perenggan 28(1)(c) di bawah dan menentukan calon yang telah
                                   lulus atau gagal sesuatu peperiksaan;

                              (b)   memperakukan kepada Senat bahawa calon  yang telah  gagal  peperiksaan dalam
                                   mana-mana kursus dibenarkan mengulang kursus dan mengambil semula peperiksaan
                                   dalam  kursus berkenaan atau tidak dibenarkan mengambil peperiksaan itu atau tidak
                                   diterima masuk semula ke program pengajian Ijazah; dan

                              (c)   melaporkan kepada  Senat mengenai  apa-apa  perkara yang berkaitan dengan  mutu
                                   atau perjalanan suatu peperiksaan.


                24.    Pemeriksa luar

                       (1)    Pemeriksa luar hendaklah dilantik bagi program pengajian Ijazah seperti berikut:

                              (a)   Ijazah Doktor Falsafah secara Penyelidikan.

                                   (i)   Sekurang-kurangnya dua orang  pemeriksa  luar  hendaklah dilantik oleh Senat
                                        untuk memeriksa tesis calon. Sekiranya tiada guru Universiti yang sesuai boleh
                                        dilantik  sebagai  pemeriksa dalam, seorang lagi pemeriksa  luar  boleh  dilantik
                                        untuk menjalankan kewajipan pemeriksa dalam.

                                   (ii)   Pemeriksa luar biasanya dilantik daripada kalangan ahli akademik luar Universiti
                                        yang berkelayakan,  berpengalaman dan  mempunyai  kepakaran dalam bidang
                                        penyelidikan tesis calon. Dalam keadaan tertentu pakar dalam bidang berkenaan
                                        dari luar Universiti yang tidak  terdiri dari kalangan ahli  akademik  boleh dilantik
                                        sebagai pemeriksa luar.

                                   (iii)   Pemeriksa luar yang dilantik hendaklah tidak mempunyai tali persaudaraan rapat
                                        dengan calon.

                                   (iv)   Profesor  Emeritus atau Profesor Adjung  Universiti tidak boleh dilantik  sebagai
                                        pemeriksa luar.

                                   (v)   Tertakluk kepada  subperenggan (ii), bekas guru sepenuh masa Universiti boleh
                                        dilantik sebagai  pemeriksa luar dengan  syarat beliau telah meninggalkan
                                        perkhidmatan Universiti untuk tempoh  tidak  kurang lima tahun dari  tarikh
                                        pelantikan beliau sebagai pemeriksa luar.

                                   (vi)   Siswazah Universiti yang merupakan bekas pelajar kepada penyelia calon boleh
                                        dilantik sebagai  pemeriksa luar dengan syarat  beliau telah menamatkan
                                        pengajian di Universiti dalam tempoh tidak kurang lima tahun  dari tarikh
                                        pelantikan beliau sebagai pemeriksa luar.
                                                                                                          51
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57