Page 48 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 48
(6) Calon adalah dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan penyelidikannya pada akhir
setiap semester kepada penyelianya mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Penyelia,
penyelia bersama dan perunding yang dilantik hendaklah membuat penilaian mengenai
laporan kemajuan yang dikemukakan tersebut kepada Dekan Fakulti melalui Ketua Jabatan
berkenaan.
(7) Calon yang kemajuannya memuaskan akan diperakukan untuk pencalonan diteruskan. Calon
yang kemajuannya tidak memuaskan untuk tiga semester berturut-turut akan ditamatkan
pencalonannya oleh Fakulti.
BAHAGIAN VII
TESIS
17. Ketetapan tajuk tesis
Tajuk tesis hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis
untuk penyerahan tesis di bawah peraturan 19 Peraturan-Peraturan ini.
18. Bahasa tesis
Tesis hendaklah ditulis dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Dalam keadaan tertentu, Senat
boleh meluluskan suatu bahasa selain daripada bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris untuk tesis
berkenaan.
19. Penyerahan Tesis
(1) Calon hendaklah menyerahkan tesisnya untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya.
Tempoh yang diambil untuk pemeriksaan tesis dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian
lanjut tesis yang diperlukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa tidak dianggap sebagai
sebahagian daripada tempoh maksimum pencalonan calon.
(2) Calon hendaklah memberi sekurang-kurangnya tiga bulan notis bertulis kepada Fakulti
sebelum penyerahan tesis untuk pemeriksaan.
(3) Calon hendaklah mengemukakan dalam bentuk percetakan sekurang-kurangnya lima salinan
tesis atau mengikut bilangan salinan yang ditetapkan oleh Fakulti untuk pemeriksaan. Tesis
tersebut hendaklah—
(a) didahulukan dengan—
(i) ringkasan (abstrak) yang tidak melebihi lima ratus patah perkataan dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Dalam keadaan di mana bahasa tesis
adalah selain daripada bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris, abstrak dalam
bahasa tersebut hendaklah juga disediakan; dan
(ii) perakuan keaslian penulisan berdasarkan format yang ditetapkan oleh
Universiti;
(b) ditaip atau dicetak dua barisan langkau di atas kertas bersaiz A4, kecuali untuk
lukisan atau peta yang tidak mempunyai had saiz kertas. Ruangan berukuran empat
sentimeter hendaklah disediakan di sebelah kiri; dan
(c) dijilid dengan kertas nipis berwarna merah ‘rexine’ dengan tajuk atau ringkasan tajuk
serta nama pengarang dicetak dalam huruf besar di tulang belakang dan pada kulit
hadapan.
(4) Tesis hendaklah tidak melebihi seratus ribu patah perkataan melainkan Senat telah
meluluskan jumlah bilangan patah perkataan yang lain.
47