Page 46 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 46
BAHAGIAN V
STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN
10. Penawaran dan penyempurnaan kursus
(1) Fakulti akan menentukan kursus-kursus yang ingin ditawarkan dalam mana-mana semester.
Setiap kursus baru boleh ditawarkan jika ia memenuhi syarat tertentu dan mendapat
kelulusan Senat.
(2) Setiap kursus yang ditawarkan hendaklah diajar, diselesaikan dan diperiksa dalam satu
semester. Hanya kursus-kursus tertentu yang telah terlebih dahulu mendapat kelulusan
Senat boleh dikendalikan bagi tempoh melebihi satu semester.
(3) Jumlah jam kredit untuk komponen kursus bagi program pengajian Ijazah hendaklah
sepertimana yang ditentukan oleh Fakulti dan Senat.
11. Pertukaran bidang penyelidikan
Calon boleh mengemukakan permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menukar bidang
penyelidikannya. Pertukaran bidang penyelidikan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Fakulti yang
berkenaan.
12. Pertukaran mod pengajian
Calon boleh mengemukakan permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menukar mod
pengajiannya. Pertukaran mod pengajian adalah tertakluk kepada kelulusan Fakulti.
13. Pemindahan kredit
(1) “Pemindahan kredit” bermakna pemindahan jam kredit bersama-sama dengan gred yang
diperolehi bagi kursus yang diambil oleh calon selepas diterima masuk untuk mengikuti
program pengajian Ijazah di Universiti.
(2) Dalam proses pemindahan kredit, jam kredit yang diperolehi bersama-sama dengan gred dan
mata gred bagi kursus berkenaan akan diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK calon.
Kebenaran untuk pemindahan kredit antara lain, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) Kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit mempunyai pertindihan sekurang-
kurangnya tujuh puluh lima peratus dengan kursus yang ditawarkan di Universiti;
(b) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan adalah tidak kurang
daripada B atau 3.0; dan
(c) Kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit hendaklah kursus dari program
pengajian yang setaraf dengan program pengajian Ijazah.
14. Pengecualian kredit
(1) “Pengecualian kredit” bermakna pengecualian dari mendaftar dan mengikuti kursus yang
ditetapkan untuk program pengajian Ijazah sepertimana yang diluluskan oleh Senat.
Kebenaran untuk pengecualian kredit ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti
berikut:
(a) Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit telah diambil oleh calon sebelum
diterima masuk ke program pengajian Ijazah;
(b) Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit mempunyai pertindihan sekurang-
kurangnya tujuh puluh lima peratus dengan kursus yang ditawarkan di Universiti;
45