Page 50 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 50
(14) Selepas tesis telah diperiksa dan keputusan mutakhir telah dicapai mengenai tesis calon,
calon hendaklah mengemukakan kepada Universiti—
(a) tiga naskah tesis dalam bentuk percetakan yang hendaklah dijilid dalam kulit tebal
berwarna merah "rexine” dengan tajuk atau ringkasan tajuk serta nama pengarang
dicetak dalam huruf besar di tulang belakang dan pada kulit hadapan; dan
(b) satu salinan elektronik mengikut format yang ditetapkan.
BAHAGIAN VIII
PEPERIKSAAN
20. Bilangan dan skop peperiksaan
(1) Bilangan dan skop peperiksaan yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah
sepertimana yang diluluskan oleh Senat atas perakuan Fakulti.
(2) Peperiksaan dalam mana-mana kursus dan tesis boleh meliputi ujian-ujian bertulis, lisan,
amali dan klinikal dalam apa jua bentuknya serta kaedah penilaian lain sepertimana yang
diluluskan oleh Senat atas perakuan Fakulti.
(3) Jawatankuasa Pemeriksa boleh atas budibicaranya menghendaki calon menduduki mana-
mana peperiksaan tambahan yang dianggap perlu untuk penilaian tesisnya.
21. Jawatankuasa Pemeriksa
Satu Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah diadakan bagi setiap peperiksaan atau sebahagian
daripadanya untuk program pengajian Ijazah.
22. Program pengajian secara Penyelidikan
(1) Keanggotaan Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah terdiri daripada—
(a) Dekan Fakulti sebagai Pengerusi;
(b) Seorang Wakil Senat yang dilantik oleh Senat;
(c) Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi Fakulti atau Timbalan Dekan yang
bertanggungjawab bagi urusan program pascasiswazah di Fakulti di mana Timbalan
Dekan berkenaan bukan Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi Fakulti;
(d) Ketua Jabatan yang berkenaan; dan
(e) Tiga orang pemeriksa yang pakar dalam bidang berkenaan yang mana sekurang-
kurangnya dua orang adalah terdiri daripada pemeriksa luar yang dilantik oleh Senat.
(2) Korum untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah sekurang-kurangnya empat
termasuk seorang pemeriksa dan wakil Senat.
(3) Sekiranya Dekan Fakulti adalah Penyelia atau pemeriksa untuk tesis calon, pengerusi
Jawatankuasa Pemeriksa boleh terdiri daripada seorang Profesor dalam bidang berkenaan
atau Dekan Institut Pengajian Siswazah atau mana-mana pegawai sepertimana yang
ditetapkan oleh Universiti.
(4) Sekiranya Dekan Fakulti atau Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi atau Timbalan Dekan
bertanggungjawab untuk program Ijazah Doktor Falsafah atau Ketua Jabatan atau
Penyelaras program adalah penyelia untuk calon berkenaan, beliau akan menghadiri
49