Page 55 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 55

(iv)   tidak mencapai merit akademik yang mencukupi dan calon telah gagal dalam
                                          peperiksaan tesisnya.

                              (f)   Walau apapun yang dinyatakan dalam subperenggan (iii), kajian lanjut untuk tempoh
                                    yang melebihi  lapan belas  bulan hanya boleh diperakukan oleh  Jawatankuasa
                                    Pemeriksa atas  keadaan tertentu dan berdasarkan laporan  pemeriksa yang
                                    berkenaan.

                              (g)   Bagi maksud peraturan ini “kajian lanjut” ertinya semakan dan penulisan semula tesis
                                    termasuk  penyelidikan lanjut  dalam  topik tesis tersebut. Manakala “peperiksaan
                                    semula” ertinya penilaian semula tesis calon oleh Jawatankuasa Pemeriksa selepas
                                    menjalani kajian lanjut.

                              (h)   Calon yang dirujukkan  untuk  kajian lanjut  boleh  diperlukan  oleh Jawatankuasa
                                    Pemeriksa untuk menghadiri peperiksaan viva mengenai tesisnya untuk kali kedua.

                              (i)   Keputusan  mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa  hendaklah berdasarkan laporan
                                    pemeriksa dan prestasi calon semasa viva voce dan seboleh-bolehnya dicapai melalui
                                    sebulat suara. Sekiranya keputusan tidak dapat dicapai, seorang pemeriksa tambahan
                                    boleh dilantik bagi membantu Jawatankuasa Pemeriksa membuat keputusan.

                       (2)    Pembetulan dan peperiksaan semula tesis hendaklah seperti berikut:

                              (a)   Calon yang dikehendaki  membuat pembetulan menurut peruntukan  subperenggan
                                    (1)(e)(ii)  di atas hendaklah menyerahkan tesisnya sebelum  tamat  tempoh yang
                                    ditetapkan  untuk  membuat pembetulan tersebut. Sekiranya calon gagal berbuat
                                    demikian,  beliau  akan dianggap  telah gagal  dalam peperiksaan tesisnya  melainkan
                                    dalam keadaan  yang tertentu suatu tempoh lanjutan yang tidak melebihi  sembilan
                                    puluh hari hari kepada tempoh yang ditetapkan itu telah diluluskan oleh Dekan Fakulti.

                              (b)   Calon  yang  dikehendaki menjalani kajian  lanjut menurut peruntukan subperenggan
                                    (1)(e)(iii)  di atas hendaklah menyerahkan tesisnya  sebelum tamat tempoh yang
                                    ditetapkan  untuk menjalani kajian lanjut tersebut. Sekiranya  calon  gagal  berbuat
                                    demikian,  beliau  akan dianggap  telah gagal  dalam peperiksaan tesisnya  melainkan
                                    suatu tempoh lanjutan kepada tempoh yang ditetapkan itu telah diluluskan oleh Senat
                                    atas perakuan Jawatankuasa Pemeriksa. Bagi maksud perenggan ini, tempoh yang
                                    ditentukan akan bermula sehari selepas tamat tempoh kajian lanjut yang ditetapkan.

                              (c)   Tesis yang telah diserahkan untuk peperiksaan semula hendaklah  dihantar kepada
                                    semua  pemeriksa yang  berkenaan untuk diperiksa  semula dan suatu  laporan baru
                                    hendaklah disediakan oleh  setiap pemeriksa  dan  diserahkan  kepada  Jawatankuasa
                                    Pemeriksa untuk dipertimbangkan.

                              (d)   Jawatankuasa  Pemeriksa berkenaan  hendaklah selepas menimbang  laporan
                                    pemeriksa, tesis calon dan peperiksaan viva (jika ada), memutus dan memperakukan
                                    sama  ada tesis calon  dianugerahkan  Lulus  atau Gagal. Sekiranya  tesis tidak
                                    mencapai merit  yang mencukupi untuk dianugerahkan  ijazah Doktor Falsafah,
                                    Jawatankuasa Pemeriksa boleh memperakukan calon dianugerahkan Ijazah Sarjana
                                    dalam bidang yang berkaitan selepas berpuashati bahawa tesis calon tersebut telah
                                    mencapai merit yang mencukupi untuk dianugerahkan ijazah Sarjana.

                              (e)   Tertakluk kepada peruntukan subperenggan (1)(b)(iii) dan (1)(e)(iii) di atas tiada calon
                                    dibenarkan untuk menyerahkan tesisnya untuk peperiksaan semula lebih daripada
                                    sekali.

                              (f)   Calon yang dikehendaki menyerahkan tesisnya untuk peperiksaan semula hendaklah
                                    meneruskan pendaftarannya sebagai calon  dan membayar yuran pendaftaran
                                    berkenaan.
                              (g)

                                                                                                          54
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60