Page 59 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 59
sekurang-kurangnya Gred B, nilai jam kredit akan diberi apabila calon telah
mencapai sekurang-kurangnya Gred B bagi kursus berkenaan. Kursus-kursus
dengan Gred I dan P akan diberi nilai jam kredit apabila gred akhir melainkan
Gred C-, D+, D, F atau U bagi kursus itu diperolehi pada semester yang
berikut.
(vii) Di mana calon telah mengulang sesuatu kursus, markah dan gred yang
diambilkira dalam penentuan PNGK hendaklah markah dan gred terbaik yang
dicapainya.
(viii) Mana-mana calon yang telah didapati bersalah di bawah Kaedah 6 atau
Kaedah 8 dalam Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar)
1999 dan dikenakan hukuman di bawah Kaedah-Kaedah tersebut akan
diberikan markah sifar bagi skrip jawapan berkenaan melainkan Senat
memutuskan sebaliknya.
(e) Keperluan minimum pengajian
(i) Untuk memenuhi keperluan minimum pengajian di Universiti, calon hendaklah
memperolehi PNG dan PNGK tidak kurang daripada 3.0 pada setiap semester
sehingga tamat pengajiannya.
(ii) Fakulti hendaklah menentukan sebelum semester pertama pada setiap sesi
akademik dan memberitahu awal kepada calon, kursus-kursus yang ia
disyaratkan untuk lulus pada gred-gred minimum yang tertentu.
(iii) Bagi kursus yang disyaratkan untuk lulus pada gred-gred minimum yang
tertentu, calon hendaklah mengulang mana-mana kursus dengan gred yang
kurang daripada gred minimum supaya calon dapat mencapai gred minimum
yang ditetapkan dalam tempoh maksimum pencalonannya. Calon yang
mencapai gred kurang daripada gred lulus minimum yang diperlukan selepas
tiga kali percubaan bagi sesuatu kursus yang disyaratkan, akan ditamatkan
daripada program pengajiannya.
(iv) Tertakluk kepada peruntukan subperenggan (ii) dan (iii) dan had tempoh
maksimum pencalonannya, calon yang memperolehi PNGK 3.0 dan ke atas
dalam suatu semester—
(A) boleh mengekalkan Gred B-, C+ atau C yang telah dicapai olehnya
untuk mana-mana kursus; atau
(B) mengulang untuk mempertingkatkan Gred yang telah dicapai dalam
mana-mana kursus.
(v) Calon yang memperolehi PNGK kurang daripada 3.0 dalam suatu semester—
(A) tidak boleh mengekalkan Gred B-, C+ atau C yang telah dicapai dalam
mana-mana kursus sehingga calon telah mencapai PNGK 3.0 dan ke
atas pada semester berikut; dan
(B) hendaklah mengulangi mana-mana kursus pada semester berikut bagi
mempertingkatkan PNGKnya kepada 3.0 dan ke atas tertakluk kepada
had tempoh maksimum pencalonannya.
(vi) Tertakluk kepada peruntukan subperenggan (iv), calon yang memperolehi
PNG kurang daripada keperluan minimum PNG yang ditetapkan bagi program
pengajiannya akan diletakkan dalam Tempoh Pemerhatian Akademik pada
semester biasa yang berikut. Tempoh itu akan terus kekal dan hendaklah
tamat apabila calon telah mencapai keperluan minimum PNG yang ditetapkan
pada semester biasa yang berikut. Mana-mana calon yang diletakkan dalam
58