Page 62 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 62

Jawatankuasa Pemeriksa telah bermesyuarat untuk menentukan keputusan peperiksaan  bagi
                             kursus itu.

                       (5)   Calon yang jatuh sakit semasa menduduki peperiksaan hendaklah melaporkan kepada ketua
                             pengawas atau mana-mana pengawas yang hendaklah mengurus supaya calon itu diperiksa
                             dengan serta-merta oleh Doktor Kesihatan Pelajar Universiti atau Pusat Perubatan Universiti
                             Malaya atau Hospital Kerajaan. Laporan doktor serta laporan ketua pengawas atau pengawas
                             mengenai kejadian tersebut, hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti dengan seberapa
                             segera tetapi tidak lewat dari tujuh hari dari tarikh kertas peperiksaan berkenaan.

                       (6)   Calon  yang tidak mengambil sepenuh atau sebahagian  peperiksaan sesuatu kursus yang
                             didaftar tanpa sebab yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Pemeriksa akan diberi markah
                             sifar bagi sepenuh atau sebahagian kursus itu.

                       (7)   Di mana calon dikehendaki oleh pemeriksa atau Dekan Fakulti untuk menyerahkan tugasan
                             atau sebarang kerja bertulis  bagi  sesuatu kursus  dalam satu  tempoh  yang ditetapkan dan
                             calon gagal berbuat demikian, beliau dianggap sebagai telah gagal dalam tugasan atau kerja
                             bertulis itu melainkan  pemeriksa atau Dekan  Fakulti membenarkan tempoh  lanjutan  untuk
                             penyerahan tugasan atau kerja bertulis itu.

                34.    Pengendalian peperiksaan

                       (1)    Calon tidak dibenarkan menghadir diri untuk peperiksaan sesuatu kursus lewat dari tiga puluh
                              minit selepas mulanya peperiksaan bagi kursus itu. Dalam keadaan tertentu ketua pengawas
                              boleh  membenarkan calon  yang datang lewat  selepas tiga puluh minit untuk  menduduki
                              peperiksaan bagi kursusnya sekiranya ketua pengawas berpuashati dengan alasan dan bukti
                              yang   dikemukakan  oleh calon berkenaan. Alasan yang  diberi  oleh calon  hendaklah
                              dicatatkan oleh ketua  pengawas dalam  laporan   peperiksaannya  dan  hendaklah
                              dibentangkan bersama-sama dengan bukti yang dikemukakan oleh calon dalam mesyuarat
                              Jawatankuasa Pemeriksa.

                       (2)    Calon yang  lewat menghadirkan  diri  untuk peperiksaan sesuatu kursus yang dibenarkan
                              menduduki peperiksaan di bawah subperaturan (1) tidak akan diberi masa tambahan untuk
                              peperiksaan itu.

                       (3)    Calon tidak dibenarkan meninggal  bilik  peperiksaan  sehingga tiga puluh minit selepas
                              bermulanya sesuatu peperiksaan  atau  lima belas minit  sebelum waktu  tamat sesuatu
                              peperiksaan.

                       (4)    Calon  yang dibenarkan oleh ketua  pengawas atau  pengawas untuk meninggalkan bilik
                              peperiksaan  atas alasan  tertentu hendaklah  diawasi dari masa  beliau meninggalkan  bilik
                              peperiksaan sehingga beliau masuk semula ke bilik peperiksaan.

                       (5)    Calon  tidak  boleh—

                             (a)   mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain kecuali yang
                                   diberi kuasa oleh  pemeriksa,  ke  dalam atau  keluar  dari bilik  peperiksaan,  atau
                                   menerima apa-apa buku,  kertas  kerja,  dokumen, gambar atau benda  lain daripada
                                   mana-mana orang lain semasa dalam bilik peperiksaan, kecuali calon boleh semasa di
                                   dalam bilik  peperiksaan, menerima daripada pengawas peperiksaan apa-apa  buku,
                                   kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain yang telah disyorkan oleh pemeriksa
                                   atau Jawatankuasa Pemeriksa, dan diberi kuasa oleh Naib Canselor;

                             (b)   menulis, atau telah menulisnya melalui  orang lain, apa-apa maklumat  atau  gambar
                                   rajah  yang mungkin berkaitan dengan  peperiksaan yang didudukinya,  di atas
                                   tangannya atau di atas  mana-mana  bahagian  lain  tubuh  badannya atau di  atas
                                   pakaiannya;

                             (c)   berhubung dengan mana-mana calon lain semasa  sesuatu  peperiksaan  melalui  apa
                                   jua cara; atau



                                                                                                          61
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67