Page 60 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 60

Tempoh Pemerhatian  Akademik lebih  dari  dua semester biasa berturut-turut
                                          akan ditamatkan daripada program pengajiannya.

                                     (vii)  Calon  yang memperolehi PNG  atau PNGK kurang daripada  2.0  dalam dua
                                          semester  biasa  berturut-turut  akan  ditamatkan  daripada  program
                                          pengajiannya.

                                     (viii)  Bagi maksud subperenggan  (vi)  dan (vii), hanya  semester biasa yang calon
                                          telah mendaftar, mengikuti dan mengambil peperiksaan bagi kursus berkenaan
                                          akan diambilkira.

                                     (ix)   Apabila calon diletakkan dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dalam
                                          sesuatu semester,  Dekan  Fakulti hendaklah memberikan amaran kepada
                                          calon dan  memaklumkannya mengenai status kemajuannya. Amaran itu
                                          hendaklah  mengandungi  pernyataan yang jelas tentang  apa yang  dianggap
                                          sebagai “kemajuan yang memuaskan” dan apa yang calon perlu lakukan untuk
                                          mencapainya.

                                     (x)   Apabila calon ditamatkan daripada program  pengajiannya, notis penamatan
                                          hendaklah  dihantar kepada calon oleh Dekan Fakulti  di mana calon telah
                                          mendaftar program pengajiannya.

                       (2)    Kaedah penilaian komponen penyelidikan bagi program pengajian Ijazah secara Kursus dan
                              Penyelidikan  hendaklah sepertimana  yang ditetapkan di  bawah  kaedah penilaian bagi
                              program pengajian Ijazah secara Penyelidikan.

                29.    Peperiksaan  khas

                       Dalam keadaan tertentu, Senat boleh atas perakuan Fakulti berkenaan, meluluskan peperiksaan khas
                       bagi  calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan untuk sesuatu kursus atas alasan  luar biasa.
                       Calon yang diluluskan untuk menduduki peperiksaan khas bagi sesuatu kursus hendaklah mengambil
                       peperiksaan itu sebelum minggu kedua semester yang berikut.


                30.    Pengurusan markah dan gred

                       (1)    Selepas peperiksaan  akhir  untuk sesuatu kursus  pada akhir setiap semester, pemeriksa
                              hendaklah menyerahkan markah dan gred kursus kepada Dekan Fakulti atau Ketua Jabatan
                              di mana calon mendaftar program  pengajiannya, mengikut  mana  yang berkenaan, yang
                              hendaklah menyemak dan memutuskan sama ada markah dan gred itu perlu dinilai semula.
                              Markah dan gred asal dan markah dan gred jika  berkenaan, daripada  hasilan  penilaian
                              semula hendaklah dibincang di peringkat  jabatan untuk mencapai markah dan  gred
                              muktamad  yang kemudiannya  hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa Pemeriksa
                              melalui Dekan Fakulti. Markah dan gred muktamad adalah sepertimana yang diluluskan oleh
                              Jawatankuasa Pemeriksa.

                       (2)    Gred akhir sesuatu kursus selepas  peperiksaan akhir pada  penghujung  setiap semester
                              hendaklah dipaparkan oleh pemeriksa di papan kenyataan Fakulti.

                       (3)    Institut  Pengajian Siswazah Universiti  atau mana-mana  pusat lain  sepertimana yang
                              ditetapkan oleh Universiti adalah bertanggungjawab untuk menyimpan rekod rasmi calon dan
                              mengeluarkan kepada setiap calon—

                              (a)   keputusan peperiksaan untuk program pengajiannya; dan

                              (b)   rekod akademiknya selepas penamatan program pengajiannya.





                                                                                                          59
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65