Page 64 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 64
dengan syarat apa-apa keputusan yang diumumkan adalah tertakluk kepada kelulusan
Senat.
BAHAGIAN IX
PENGIJAZAHAN
36. Program pengajian secara Penyelidikan
Calon hendaklah memenuhi keperluan-keperluan berikut untuk tujuan pengijazahan bagi program
pengajian secara penyelidikan:
(a) Mencapai tahap lulus dalam peperiksaan tesisnya;
(b) Lulus peperiksaan viva;
(c) Memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh Fakulti di mana calon mengikuti
program pengajiannya; dan
(d) Memenuhi keperluan bahasa sepertimana yang ditetapkan.
37. Program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan
Calon perlu memenuhi keperluan berikut untuk tujuan pengijazahan bagi program pengajian secara
Kursus dan Penyelidikan:
(a) Memenuhi keperluan komponen kursus, iaitu—
(i) mencapai PNGK terakhir 3.0 dan ke atas;
(ii) menyempurnakan bilangan jam kredit seperti mana yang ditetapkan untuk
program pengajiannya. Daripada jumlah jam kredit yang diperlukan untuk
pengijazahan, sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah jam kredit yang
diperolehi hendaklah daripada kursus yang dijalankan oleh Universiti; dan
(iii) memenuhi keperluan Fakulti di mana ia mendaftar program pengajiannya, jika
ada; dan
(b) Memenuhi keperluan komponen penyelidikan, iaitu—
(i) mencapai tahap Lulus dalam peperiksaan tesisnya;
(ii) lulus peperiksaan viva yang ditetapkan; dan
(iii) memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh Fakulti di mana ia mendaftar
program pengajiannya, jika ada; dan
(c) memenuhi keperluan bahasa sepertimana yang ditetapkan untuk program
pengajiannya.
38. Penganugerahan tesis cemerlang
Tesis layak dianugerahkan sebagai cemerlang sekiranya—
(a) diperakukan cemerlang dalam laporan semua pemeriksa;
(b) diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa; dan
(c) disempurnakan dan diserahkan oleh calon untuk peperiksaan pada satu tempoh tidak
melebihi enam semester bagi program pengajian Ijazah secara Penyelidikan dan
63