Page 67 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 67
43. Mengaudit kursus
(1) Calon boleh mendaftar untuk mengaudit mana-mana kursus setelah mendapat kelulusan
pensyarah yang mengelola kursus tersebut dan Dekan Fakulti berkenaan.
(2) Dekan Fakulti di mana calon mengaudit kursus hendaklah mengesahkan calon memenuhi
syarat minimum lapan puluh peratus kehadiran untuk melayakkan calon diberi Gred R bagi
kursus yang diaudit dan dicatat dalam transkrip.
(3) Calon audit tidak diwajibkan menduduki peperiksaan bagi kursus berkenaan. Sekiranya
menduduki, setelah mendapat kelulusan Dekan Fakulti berkenaan, gred sebenar akan dicatat
dan sekiranya calon gagal, Gred R akan dicatat di dalam transkrip. Sebarang gred yang
dicatat tidak diambilkira untuk pengiraan PNG/PNGK.
(4) Dalam keadaan tertentu dan tertakluk kepada syarat program pengajian Ijazah berkenaan,
kursus audit boleh diterimapakai sebagai kursus yang memenuhi prasyarat kursus atau
prasyarat program pengajian Ijazah.
44. Pelajar tidak bergraduat
Dekan Fakulti diberi kuasa untuk menerima masuk seseorang sebagai pelajar tidak bergraduat
tertakluk kepada syarat berikut:
(a) Tidak lebih dari satu tahun kalendar jika ia menjalani penyelidikan atau tidak lebih dari satu
sesi akademik jika ia mengikuti kursus; dan
(b) Jumlah kursus yang boleh diambil oleh pelajar pemerhati tidak boleh lebih daripada dua
pertiga jumlah jam kredit maksimum yang ditetapkan untuk calon program pengajian Ijazah
dalam sesuatu semester.
66