Page 63 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 63
(d) menipu atau cuba menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan
sebagai menipu atau cuba menipu dalam sesuatu peperiksaan semasa peperiksaan itu
sedang dijalankan.
(6) Calon tidak dibenarkan merokok dalam mana-mana bilik peperiksaan semasa peperiksaan
sedang berjalan.
(7) Ketua pengawas dan pengawas hendaklah dilantik daripada guru sepenuh masa dalam
bilangan dan bagi tempoh peperiksaan yang perlu oleh Naib Canselor atau pegawai yang
diberi kuasa oleh Naib Canselor. Guru sepenuh masa yang dilantik sebagai ketua pengawas
atau pengawas hendaklah menjalankan tugas-tugas pengawasan sepertimana yang
ditetapkan.
(a) Ketua pengawas atau pengawas hendaklah melaporkan kepada Naib Canselor, jika
pada pandangan ketua pengawas atau pengawas, timbul kejadian semasa
peperiksaan yang—
(i) memerlukan pembatalan atau penangguhan peperiksaan itu;
(ii) menjadikan peperiksaan itu dijalankan secara tidak betul; atau
(iii) menjadikan peperiksaan itu tidak adil kepada mana-mana calon.
(b) Di mana sesuatu kejadian sepertimana yang dinyatakan dalam subperenggan (i)
telah dilaporkan kepada Naib Canselor, Naib Canselor boleh mengambil apa-apa
tindakan yang difikirkan wajar termasuk mengarahkan supaya satu peperiksaan baru
diadakan bagi kursus berkenaan dan di mana perlu, melaporkan keputusan beliau
kepada Senat.
(8) Di mana Naib Canselor mempunyai sebab mempercayai bahawa kandungan untuk
mana-mana kertas peperiksaan atau mana-mana maklumat bersabit dengan sesuatu
peperiksaan atau kerja yang dijalankan bersabit dengan sesuatu peperiksaan mungkin telah
diketahui sebelum tarikh dan waktu peperiksaan oleh mana-mana orang selain daripada
pemeriksa atau Jawatankuasa Pemeriksa atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Pendaftar, ia boleh mengarahkan penggantungan atau pembatalan kertas peperiksaan atau
peperiksaan berkenaan dan menggantikannya dengan kertas peperiksaan atau peperiksaan
baru.
(9) Calon yang didapati memplagiat tugasan atau sebarang kerja bertulisnya yang merupakan
sebahagian daripada penilaian kursus, boleh diambil tindakan di bawah Kaedah-Kaedah
Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
35. Keputusan peperiksaan
(1) Laporan Jawatankuasa Pemeriksa untuk mana-mana peperiksaan akhir yang melayakkan
calon berkenaan bagi penganugerahan Ijazah hendaklah dibentang kepada Senat untuk
kelulusan.
(2) Nombor pendaftaran dan identiti calon berkenaan bagi sesuatu kursus tidak boleh diberitahu
kepada pemeriksa kecuali dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa yang diadakan untuk
menentukan keputusan peperiksaan bagi calon berkenaan.
(3) Markah peperiksaan yang diberi kepada calon untuk mana-mana kursus, prosedur dan
perjalanan mesyuarat serta laporan Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah rahsia dan tidak
boleh diberitahu kepada sesiapa yang bukan ahli Jawatankuasa Pemeriksa atau Senat.
(4) Walau apapun dinyatakan dalam subperaturan (2), pemeriksa sesuatu kursus boleh
memberitahu kepada calon berkenaan gred bagi kursus individu sebelum mesyuarat
Jawatankuasa Pemeriksa dengan syarat gred yang dimaklumkan sedemikian hendaklah
tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pemeriksa dan kelulusan Senat. Keputusan
peperiksaan boleh diumumkan kepada calon selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa
62