Page 58 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 58
(E) Gred R, diberi bagi kursus yang didaftar oleh calon untuk mengaudit
sahaja. Jam kredit tidak akan diberi untuk gred ini.
(F) Gred W, diberi bagi kursus di mana calon telah menarik diri secara
rasmi daripada satu atau lebih kursus dalam sesuatu semester.
(G) Gred W1, diberi apabila calon telah menarik diri secara rasmi daripada
sesuatu semester.
(H) Gred W2, diberi apabila calon telah menarik diri secara rasmi dari
Universiti.
(I) Gred UW, diberi bagi mana-mana kursus yang calon tidak menghadiri
dan tidak menarik diri secara rasmi daripada sesuatu semester.
(d) Penentuan prestasi akademik
(i) Prestasi akademik calon dalam sesuatu semester ditunjukkan oleh PNG dan
PNGK. PNG ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang
diperolehi dengan jumlah jam kredit yang diambil dalam sesuatu semester.
Berikut adalah contoh bagaimana PNG ditentukan:
Kursus Gred Mata Jam Jam Kredit
Gred Kredit x
Mata Gred
K1 A 4.0 4 4x4.0=16.0
K2 C+ 2.3 3 3x2.3= 6.9
K3 F 0.0 3 3x0.0= 0.0
K4 C 2.0 3 3x2.0= 6.0
____ _____
Jumlah 13 28.9
____ _____
PNG = 28.9
13
= 2.22
PNGK ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi
dengan jumlah jam kredit yang telah diambil mulai semester pertama sehingga
semester terkini.
(ii) Mata gred dan jam kredit yang diperolehi bagi kursus-kursus yang didaftar
dalam sesuatu semester hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan PNG dan
PNGK untuk semester itu.
(iii) Jam kredit bagi sesuatu kursus dengan Gred C-, D+, D atau F akan
dimasukkan dalam pengiraan PNG dan PNGK semester berkenaan. Kursus
dengan gred ini tidak akan diberikan sebarang nilai jam kredit. gred UW akan
ditukarkan kepada Gred F pada penghujung semester berkenaan dan
diambilkira dalam penentuan PNG dan PNGK.
(iv) Gred I atau P bagi sesuatu kursus akan diambilkira dalam penentuan PNG dan
PNGK apabila gred akhir bagi kursus itu diperolehi pada semester berkenaan
yang berikut.
(v) Gred K, R, S, U, W, W1 dan W2 tidak akan diambilkira dalam penentuan PNG
dan PNGK.
(vi) Nilai jam kredit akan diberi untuk kursus dengan Gred A, A-, B+, B, B-, C+, C,
K dan S. Tiada nilai jam kredit akan diberi untuk kursus dengan Gred C-, D+,
D, F, R, U, UW, W, W1 dan W2. Bagi kursus yang disyaratkan lulus dengan
57