Page 53 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 53
(vii) Sekiranya berlaku kecemasan, Naib Canselor boleh melantik pemeriksa luar
untuk memeriksa tesis calon dengan syarat pelantikan tersebut itu hendaklah
dilaporkan oleh Fakulti kepada Senat dengan secepat mungkin.
(viii) Pemeriksa luar yang dilantik untuk memeriksa tesis calon hendaklah
menyerahkan laporannya dalam format yang ditetapkan dengan seberapa segera
yang boleh tetapi tidak melebihi dua bulan dari tarikh tesis dihantar kepada
beliau. Fakulti boleh memperakukan kepada Senat bagi menggantikan
pemeriksa luar yang tidak menjalankan kewajipan beliau dengan memuaskan
dengan pemeriksa luar yang lain.
(b) Ijazah Doktor Falsafah secara Kursus dan Penyelidikan.
(i) Bagi komponen penyelidikan, pelantikan pemeriksa luar hendaklah sepertimana
yang diperuntukkan dalam perenggan (a).
(ii) Bagi komponen kursus, sekurang-kurangnya seorang pemeriksa luar hendaklah
dilantik oleh Fakulti.
(iii) Pemeriksa luar hendaklah sejauh mana yang boleh dilantik daripada kalangan
ahli akademik luar Universiti yang berkelayakan, berpengalaman dan mempunyai
kepakaran berkaitan dengan program pengajian Ijazah.
(iv) Profesor Emeritus atau Profesor Adjung Universiti tidak boleh dilantik sebagai
pemeriksa luar.
(v) Pemeriksa luar yang dilantik untuk komponen kursus hendaklah—
(A) memeriksa dan menilai kertas soalan peperiksaan dan kertas jawapan
peperiksaan dan melaporkan ulasan/perakuan beliau kepada Dekan
Fakulti;
(B) di mana disyaratkan dalam surat pelantikan, melawat Fakulti untuk suatu
tempoh yang akan ditetapkan oleh Dekan Fakulti untuk bertemu dengan
guru dan calon di Fakulti, mengkaji kemudahan pengajaran dan
penyelidikan Fakulti, menilai mutu peperiksaan, menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa Pemeriksa dan jika perlu, menjalankan seminar untuk guru
dan calon di Fakulti; dan
(C) mengkaji dan menilai secara am, struktur dan kurikulum program
pengajian Ijazah dan memberi laporannya kepada Naib Canselor dan
Dekan Fakulti.
25. Pemeriksa dalam
(1) Tertakluk kepada perenggan (4), Fakulti hendaklah melantik—
(a) guru sepenuh masa atau separuh masa Universiti sebagai pemeriksa dalam untuk
komponen kursus; dan
(b) guru sepenuh masa Universiti untuk memeriksa tesis seseorang calon.
(2) Pemeriksa dalam yang dilantik untuk memeriksa tesis calon hendaklah sejauh mana yang
boleh mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran yang berkaitan dengan bidang
penyelidikan tesis calon.
(3) Guru sepenuh masa Universiti tidak boleh dilantik menjadi pemeriksa dalam untuk memeriksa
tesis calon yang ada tali persaudaraan rapat dengannya.
52