Page 54 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 54
(4) Tutor tidak boleh dilantik sebagai pemeriksa dalam untuk memeriksa mana-mana kursus atau
tesis. Walau bagaimanapun, beliau boleh dengan persetujuan dan seliaan pemeriksa kursus,
membantu dalam pemeriksaan sesuatu kursus.
(5) Sekiranya berlaku kecemasan, Dekan Fakulti boleh melantik pemeriksa dalam untuk
memeriksa mana-mana kursus dengan syarat pelantikan demikian hendaklah dilaporkan
kepada Fakulti dengan secepat mungkin.
(6) Pemeriksa dalam yang dilantik untuk memeriksa tesis seseorang calon hendaklah menyedia
dan menyerahkan laporannya dalam format yang ditetapkan dalam tempoh tidak melebihi
dua bulan dari tarikh tesis dihantar kepada beliau. Fakulti boleh menggantikan pemeriksa
dalam yang tidak menjalankan kewajipan beliau dengan memuaskan dengan pemeriksa
dalam yang lain.
26. Perunding
Jika seorang perunding telah dilantik untuk membantu dalam penyeliaan calon, Fakulti boleh
menghendaki perunding tersebut menyedia dan mengemukakan laporan mengenai tesis. Laporan
perunding hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa untuk peperiksaan
tesis calon.
27. Penilaian peperiksaan program pengajian secara Penyelidikan
(1) Kaedah penilaian hendaklah seperti berikut:
(a) Kaedah penilaian bagi program pengajian secara Penyelidikan hendaklah melalui
pemeriksaan sebuah tesis dan peperiksaan viva mengenai tesis tersebut.
(b) Tesis hendaklah diperiksa, dinilai dan diperakukan oleh setiap pemeriksa sama ada—
(i) dianugerahkan Lulus atau Gagal;
(ii) dirujukkan untuk pembetulan tanpa peperiksaan semula; atau
(iii) dirujukkan untuk kajian lanjut dan diserahkan untuk peperiksaan semula.
(c) Markah dan gred tidak akan diberi dalam pemeriksaan tesis.
(d) Calon adalah diwajibkan untuk menghadiri satu peperiksaan viva mengenai tesisnya.
Jawatankuasa Pemeriksa mempunyai kuasa untuk menentukan kaedah pengendalian
peperiksaan viva untuk tesis calon. Jawatankuasa Pemeriksa boleh, jika perlu,
menjemput seorang guru Universiti yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran
yang berkaitan dengan bidang penyelidikan calon untuk menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa Pemeriksa dan peperiksaan viva calon berkenaan.
(e) Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah setelah menimbang laporan pemeriksa, tesis
calon dan peperiksaan viva, memutuskan dan memperakukan sama ada tesis calon
tersebut—
(i) telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan Ijazah tanpa
perlu membuat pembetulan;
(ii) telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan Ijazah
tertakluk kepada calon membuat pembetulan dalam tempoh kurang dari enam
bulan tanpa peperiksaan semula;
(iii) dirujukkan untuk menjalani kajian lanjut dalam satu tempoh antara enam
hingga lapan belas bulan sepertimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pemeriksa dan hendaklah diserahkan untuk peperiksaan semula sebelum
tamat tempoh yang ditetapkan; atau
53