Page 56 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 56
28. Penilaian peperiksaan program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan
(1) Kaedah penilaian komponen kursus hendaklah seperti berikut:
(a) Kaedah penilaian kursus bergantung kepada hasil pembelajaran dan kandungan
kursus. Nisbah sumbangan atau pemberatan kaedah penilaian dalam jumlah markah
akhir kursus akan ditentukan oleh Fakulti dan hendaklah diluluskan oleh Senat.
(b) Kehadiran dalam kelas
(i) Calon diwajibkan menghadiri semua kelas. Adalah menjadi tanggungjawab
setiap pensyarah untuk memaklumkan kepada calon tentang akibat
ketidakhadiran kelas. Adalah menjadi tanggungjawab calon untuk memastikan
bahawa pensyarah diberitahu awal tentang ketidakhadirannya. Pensyarah
dikehendaki menyimpan rekod kehadiran kelas dan melaporkan tentang
ketidakhadiran yang melebihi dua puluh peratus kepada Pejabat Dekan Fakulti.
(ii) Mana-mana calon dengan kehadiran kelas kurang daripada lapan puluh
peratus untuk sesuatu kursus dalam suatu semester tanpa sebab munasabah
yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran pensyarah
berkenaan akan dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir bagi kursus
berkenaan dalam sesuatu semester oleh Dekan Fakulti. Apabila calon dihalang
daripada mengambil peperiksaan akhir sesuatu kursus pada sesuatu semester
ia hendaklah diberitahu secara bertulis oleh Dekan Fakulti selewat-lewatnya
satu minggu sebelum peperiksaan semester berkenaan bermula.
(iii) Mana-mana calon yang dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir untuk
sesuatu kursus dalam sesuatu semester akan diberi markah sifar untuk
peperiksaan akhir kursus itu.
(c) Skim pemarkahan
(i) Penilaian peperiksaan untuk komponen kursus hendaklah berdasarkan skim
pemarkahan seperti berikut:
Markah Gred Mata Gred Maksud
80-100 A 4.0 Cemerlang
75-79 A- 3.7
70-74 B+ 3.3 Lulus
65-69 B 3.0
60-64 B- 2.7 Lulus Bersyarat
55-59 C+ 2.3
50-54 C 2.0
45-49 C- 1.7 Gagal
40-44 D+ 1.5
35-59 D 1.0
<35 F 0
55