Page 61 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 61

31.    Kemasukan sebagai calon peperiksaan

                       Calon tidak dibenarkan mengambil sesuatu peperiksaan dalam manamana kursus atau menyerahkan
                       tesis untuk peperiksaan kecuali—

                       (a)    ia telah mendaftar sebagai calon  untuk kursus atau kursus-kursus yang ditetapkan  untuk
                              program pengajian Ijazah semasa  mengambil peperiksaan  atau telah  mendaftar sebagai
                              calon  untuk program  pengajian Ijazah semasa menyerahkan tesis untuk peperiksaan,
                              mengikut yang mana berkenaan;

                       (b)    ia telah membayar yuran yang ditetapkan; dan

                       (c)    yang mana perlu, Dekan  Fakulti telah mengesahkan bahawa  calon  telah mengikuti  kursus
                              atau kursus-kursus berkenaan yang disyaratkan dengan memuaskan.

                32.    Penarikan diri dari peperiksaan

                       (1)    Calon yang  ingin menarik diri  dari  peperiksaan  mana-mana  kursus yang beliau telah
                              mendaftar dalam sesuatu semester hendaklah memberi notis bertulis kepada Dekan Fakulti
                              selewat-lewatnya dua minggu sebelum mulanya tempoh peperiksaan yang dijadualkan dalam
                              sesuatu semester dengan memberi sebab-sebab untuk penarikan diri itu.

                       (2)    Calon  tidak  dibenarkan menarik diri  dari peperiksaan sesuatu  kursus apabila  tempoh
                              peperiksaan yang ditetapkan  pada  semester berkenaan  telah  bermula kecuali  dibenarkan
                              oleh Dekan Fakulti atas alasan luar biasa yang disokong dengan bukti dokumentasi.

                       (3)    Calon tidak boleh menarik  diri daripada sesuatu  pemeriksaan tesis apabila tesis  telah
                              diserahkan untuk peperiksaan.

                       (4)    Apabila calon telah  menarik diri daripada  peperiksaan semua  kursus yang  beliau  telah
                              mendaftar dalam sesuatu semester, semester itu  hendaklah  dikira sebagai sebahagian
                              daripada tempoh maksimum pencalonannya. Senat atas perakuan Fakulti boleh meluluskan,
                              atas  alasan  luar biasa yang dikemukakan oleh  calon, bahawa semester berkenaan  tidak
                              dikira sebagai sebahagian daripada tempoh maksimum pencalonan calon itu.

                33.    Ketidakhadiran dalam peperiksaan

                       (1)    Calon yang telah mendaftar  dan mengikuti sesuatu kursus hendaklah mengambil
                              peperiksaan  yang  ditetapkan untuk kursus itu selagi  dia tidak menarik diri atau  dihalang
                              daripada peperiksaan berkenaan.

                       (2)   Calon  yang tidak mengambil sepenuh  atau sebahagian sesuatu kursus hendaklah
                             memberitahu  Dekan Fakulti secara bertulis  dengan memberi  sebab  mengenai
                             ketidakhadirannya. Surat  itu  hendaklah  dihantar dalam tempoh  tujuh  hari dari tarikh
                             peperiksaan untuk kursus berkenaan dan hendaklah disertakan bersama dengan—

                             (a)   laporan perubatan daripada  pegawai perubatan berdaftar  sekiranya ketidakhadiran
                                   dari peperiksaan kursus itu adalah atas alasan perubatan; atau

                             (b)   laporan  daripada pegawai daerah  atau pegawai  polis  atau  pegawai  kerajaan
                                   berkenaan sekiranya ketidakhadiran peperiksaan untuk kursus berkenaan adalah atas
                                   alasan perikemanusiaan.

                       (3)   Surat calon bersama dengan laporan sepertimana yang dinyatakan dalam subperaturan (2) di
                             atas hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa dan Jawatankuasa
                             Pemeriksa hendaklah mengesyorkan sama ada calon harus diberi Gred I atau Gred F atau
                             peperiksaan khas bagi kursus berkenaan.

                       (4)   Jawatankuasa Pemeriksa tidak boleh dalam apa jua keadaan, menimbang  apa-apa
                             permintaan calon yang telah tidak  menduduki peperiksaan untuk sesuatu  kursus  apabila


                                                                                                          60
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66