Page 66 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 66
berkenaan dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat pemberitahuan keputusan
peperiksaannya.
(6) Rayuan calon akan dikaji oleh Timbalan Naib Canselor yang berkenaan bersama Dekan
Institut Pengajian Siswazah atau mana-mana pegawai sepertimana yang ditetapkan oleh
Universiti. Sekiranya rayuan calon tidak wajar dipertimbangkan, calon akan dimaklumkan
bahawa rayuannya tidak diluluskan. Sekiranya rayuan calon wajar dipertimbangkan,
Timbalan Naib Canselor akan mengemukakan rayuan tersebut kepada Senat untuk
dipertimbangkan sama ada—
(a) keputusan Jawatankuasa Pemeriksa asal dikekalkan;
(b) pemeriksa tambahan dilantik untuk memeriksa tesis calon; atau
(c) suatu Jawatankuasa Pemeriksa baru dilantik untuk mengkaji keputusan calon dan
mengemukakan perakuannya kepada Senat.
(7) Calon program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan yang telah gagal
peperiksaan bagi komponen kursus dan tidak berpuashati dengan keputusan tersebut boleh
mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Dekan Fakulti dalam tempoh satu bulan dari
tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan. Bagi maksud perenggan ini, “tarikh
pengumuman rasmi” hendaklah tarikh yang tercatat dalam slip keputusan peperiksaan yang
dihantar kepada calon.
(8) Dekan Fakulti, berdasarkan perakuan Fakulti akan mengemukakan rayuan calon kepada
Senat untuk kelulusan.
BAHAGIAN XI
KEMASUKAN SEMULA KE PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH
41. Kemasukan semula ke program pengajian Ijazah
(1) Calon yang telah menarik diri dari program pengajian Ijazah boleh memohon untuk
dipertimbangkan masuk ke program pengajian Ijazah atau mana-mana program pengajian
ijazah tinggi lain di Universiti.
(2) Calon yang telah luput pencalonannya kerana gagal memperbaharui pencalonan atau telah
melampaui tempoh maksimum pencalonan boleh memohon untuk dipertimbangkan masuk
semula ke program pengajian Ijazah tertakluk kepada syarat ia mengikuti pengajian dalam
bidang yang berlainan dan diselia oleh penyelia yang berlainan.
(3) Calon yang ditamatkan pengajian kerana gagal dalam peperiksaan atau atas alasan selain
daripada gagal dalam peperiksaan tidak boleh diterima masuk semula ke program pengajian
Ijazah atau mana-mana program pengajian ijazah tinggi lain Universiti.
BAHAGIAN XII
AM
42. Kuasa Senat
Senat mempunyai kuasa untuk membuat, membatal atau meminda mana-mana peraturan yang
menguasai program pengajian Ijazah sepertimana yang diperuntukkan di dalam Peraturan-Peraturan
ini. Mana-mana peraturan baru, pembatalan atau pindaan kepada peraturan-peraturan tersebut
hendaklah diumumkan kepada calon sebelum mulanya sesi akademik calon berkenaan.
65