Page 65 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 65

lapan semester bagi program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan dari
                                    tarikh permulaan pendaftaran calon berkenaan.



                                                        BAHAGIAN X
                                                          RAYUAN

                39.    Rayuan untuk semakan semula keputusan peperiksaan kursus

                       (1)    Calon yang tidak berpuashati dengan  keputusan peperiksaannya boleh  merayu untuk
                              semakan semula keputusan  peperiksaan. Rayuan hendaklah  dibuat dalam tempoh  dua
                              minggu dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan. Bagi maksud perenggan ini,
                              “tarikh pengumuman rasmi” hendaklah tarikh yang tercatat dalam slip keputusan peperiksaan
                              yang dihantar kepada  calon.

                       (2)    Satu bayaran atas  kadar  yang  ditetapkan hendaklah dikenakan  bagi memproses rayuan
                              untuk semakan semula keputusan peperiksaan. Bayaran itu tidak akan dikembalikan sama
                              ada rayuan berjaya atau tidak.

                       (3)    Rayuan  hendaklah  dibuat dalam  borang  yang ditetapkan  yang boleh didapati dari Institut
                              Pengajian Siswazah Universiti atau pusat lain sepertimana yang ditetapkan  oleh Universiti
                              atau Fakulti berkenaan. Borang  yang telah  diisi hendaklah  dikemukakan  kepada  Dekan
                              Fakulti  bersama dengan  salinan  resit  yang menunjukkan bayaran  untuk rayuan  itu telah
                              dibuat.

                       (4)    Borang rayuan tidak akan diterima sekiranya ia—

                              (a)   dikemukakan selepas tempoh yang dinyatakan di dalam subperaturan  (1);

                              (b)   tidak lengkap; atau

                              (c)   dikemukakan tanpa resit bayaran.


                40.    Rayuan untuk meneruskan pengajian

                       (1)    Calon  yang luput pencalonannya kerana gagal memperbaharui pencalonannya, boleh
                              mengemukakan  rayuan untuk  meneruskan  pengajiannya. Rayuan  hendaklah dibuat dalam
                              borang yang ditetapkan yang boleh didapati dari Institut Pengajian Siswazah Universiti atau
                              pusat lain sepertimana yang ditetapkan oleh Universiti atau Fakulti.

                       (2)    Kelulusan untuk mengaktifkan pencalonan hanya boleh diberi sekiranya  tempoh peluputan
                              pencalonannya tidak melebihi dua  semester pada satu-satu masa, tertakluk kepada  baki
                              tempoh  pencalonan  yang masih  ada.  Calon  yang rayuannya diluluskan  perlu membayar
                              denda mengikut kadar yang ditetapkan oleh Universiti.

                       (3)    Calon  yang  menghampiri tempoh maksimum pencalonan tetapi masih memerlukan masa
                              untuk menyiapkan tesis boleh mengemukakan rayuan untuk melanjutkan tempoh maksimum
                              pencalonannya. Rayuan tersebut perlu dibuat pada semester terakhir sebelum pencalonan
                              tamat dan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan yang boleh didapati dari Institut
                              Pengajian Siswazah  Universiti atau  pusat lain sepertimana yang ditetapkan oleh universiti
                              atau Fakulti.

                       (4)    Pelanjutan tempoh  maksimum pencalonan boleh  diberi untuk satu semester sahaja  pada
                              satu-satu masa. Walau apapun peruntukan subperaturan ini, tempoh pelanjutan maksimum
                              yang boleh diluluskan untuk seseorang calon hendaklah tidak melebihi dua semester.

                       (5)    Calon yang  telah gagal  peperiksaan  tesisnya dan tidak berpuashati dengan keputusan
                              tersebut boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Timbalan Naib Canselor yang

                                                                                                          64
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70