Page 57 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 57
(ii) Bagi maksud perenggan ini, Lulus Bersyarat bermakna lulus dalam kursus
berkenaan jika PNGK adalah 3.0 atau lebih pada semester kursus tersebut
diambil.
(iii) Gred I, diberi apabila—
(A) calon tidak mengambil peperiksaan akhir bagi mana-mana kursus
dalam sesuatu semester atas alasan perubatan (sakit) atau
perikemanusiaan (simpati) dan gred itu diperakukan oleh
Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan; atau
(B) sebahagian daripada keperluan kursus masih belum disempurnakan
atas alasan di luar kawalan calon yang boleh diterima oleh
Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan.
(iv) Dalam keadaan (A), calon dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kursus
berkenaan tanpa disyaratkan mengikuti semula kursus tersebut. Manakala
dalam keadaan (B), calon dibenarkan menyempurnakan sebahagian keperluan
kursus berkenaan pada kesempatan pertama dalam semester berikutnya.
(v) Dalam kedua-dua keadaan (A) dan (B), calon hendaklah mendaftar untuk
mengikuti kursus berkenaan apabila ditawarkan dalam semester berikut yang
terdekat. Yuran tidak akan dikenakan untuk pendaftaran kursus berkenaan dan
jam kredit kursus berkenaan tidak akan diambilkira dalam bilangan jam kredit
yang boleh didaftarkan dalam sesuatu semester.
(vi) Calon akan diberikan markah sifar untuk peperiksaan akhir atau untuk
sebahagian daripada keperluan kursus berkenaan sekiranya—
(A) ia tidak mendaftar dan mengambil peperiksaan akhir kursus berkenaan
apabila kursus tersebut ditawarkan dalam semester berikut yang
terdekat; atau
(B) ia tidak menyempurnakan sebahagian daripada keperluan kursus
tersebut pada kesempatan pertama dalam semester berikut, mengikut
yang mana berkenaan.
(vii) Markah yang dicapai dalam peperiksaan akhir atau selepas menyempurnakan
sebahagian daripada keperluan kursus berkenaan seperti yang dinyatakan di
atas akan ditambahkan kepada markah bagi kursus yang diberi Gred I supaya
gred sebenar bagi kursus tersebut diperolehi.
(viii) Calon yang diberi Gred I untuk sesuatu kursus tidak dibenarkan mengulang
kursus berkenaan dalam apa-apa keadaan sekalipun sehingga Gred I tersebut
digugurkan.
(ix) Selain daripada gred-gred seperti yang ditunjukkan dalam Skim Pemarkahan
dan dalam subperenggan (i) dan Gred I dalam subperenggan (iii), gred-gred
berikut juga boleh diberikan kepada calon untuk kursus yang diikutinya:
(A) Gred K, diberi bagi kursus yang diluluskan pengecualian kredit.
(B) Gred P, diberi bagi kursus yang dijalankan lebih daripada satu
semester.
(C) Gred S, diberi bagi kursus yang prestasi calon dinilai hanya dari segi
memuaskan.
(D) Gred U, diberi bagi kursus yang prestasi calon dinilai hanya dari segi
tidak memuaskan.
56