Page 49 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 49
(5) Walau apapun peruntukan subperaturan (4), yang berikut tidak termasuk dalam had patah
perkataan tersebut:
(a) Nota kaki atau nota hujung, lampiran, jadual dan rajah; dan
(b) Pengeluaran semula ataupun terjemahan daripada sebarang teks. Ulasan atau kritik
yang dibuat oleh calon mengenainya hendaklah tertakluk kepada had patah
perkataan tersebut.
(6) Calon yang ingin melebihi had patah perkataan yang ditetapkan hendaklah membuat
permohonan kepada Fakulti sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh penyerahan tesis
untuk pemeriksaan, dengan memberi alasan mengapa ia tidak dapat mematuhi had panjang
yang telah ditetapkan.
(7) Calon tidak boleh menyerahkan sebagai tesis, apa-apa hasil kerja termasuk idea, penulisan,
data atau apa-apa ciptaan orang lain atau kerja yang telah diserahkan untuk ijazah di
Universiti ini atau universiti atau institusi lain, tetapi ia tidak dilarang memasukkan mana-
mana bahagian kerja tersebut ke dalam tesisnya sekiranya ia menunjukkan dengan terang
dalam tesisnya bahagian kerja yang telah dimasukkan ke dalam tesisnya.
(8) Calon boleh menyerahkan sebarang sumbangan yang telah dicetak dan diterbitkan secara
perseorangan atau secara berkumpulan untuk peningkatan bidangnya. Kerja yang dilakukan
secara berkumpulan hendaklah disertakan dengan kenyataan yang menjelaskan dengan
terang bahagian kerja yang dibuat oleh calon sendiri. Kenyataan ini hendaklah ditandatangani
oleh rakan penulis yang lain.
(9) Calon tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain. Bagi
maksud subperaturan ini dan subperaturan 34(9) di bawah, plagiarisme termasuk—
(a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan
mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau
ciptaannya sendiri; atau
(b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara,
bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau
ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.
(10) Calon yang didapati memplagiat tesisnya boleh diambil tindakan di bawah Kaedah-Kaedah
Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
(11) Mana-mana tesis yang diserahkan untuk peperiksaan hendaklah mengikut peraturan dan
prosedur seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana pindaan
kepada Peraturan-Peraturan ini dari semasa ke semasa. Dekan Fakulti boleh menolak mana-
mana tesis yang diserahkan yang tidak mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
(12) Tesis atau sebahagian daripadanya yang telah diluluskan dan kemudiannya diterbitkan,
hendaklah mengandungi kenyataan yang terang bahawa ianya telah dikemukakan untuk
ijazah Doktor Falsafah Universiti. Sepanjang pengajiannya, calon boleh, dengan persetujuan
penyelianya, menerbitkan kertas-kertas hasil kerjanya, dengan syarat rujukan sewajarnya
diberi kepada Universiti di dalam kertas-kertas itu.
(13) Tesis itu sama ada telah diluluskan atau tidak, untuk penganugerahan Ijazah termasuk
semua hak harta intelek di dalamnya hendaklah terletakhak pada dan tetap menjadi hak milik
Universiti. Universiti mempunyai hak untuk menghadkan atau membataskan pencetakan,
pemberitahuan dan penggunaan, atau mana-mana urusan dengan yang berikut bagi tempoh
yang diperlukan untuk maksud melindungi atau memperolehi hak harta intelek—
(a) tesis;
(b) hasil penyelidikan yang membawa kepada tesis berkenaan; atau
(c) kedua-dua yang dinyatakan di atas.
48