Page 44 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 44
(a) Penarikan diri dari kursus bermakna penarikan diri dari satu atau lebih kursus dalam
sesuatu semester. Walau bagaimanapun, calon adalah tertakluk kepada syarat
minimum jam kredit yang ditetapkan untuk semester biasa.
(b) Calon boleh menarik diri dari kursus tidak lewat dari minggu kuliah ketujuh semester
biasa atau minggu kedua semester khas. Calon tidak akan dikenakan yuran
pengajian dan rekod kursus akan dihapuskan.
(c) Calon yang menarik diri dari kursus selepas minggu kuliah kedua tetapi sebelum
minggu kuliah ketujuh semester biasa akan dikenakan yuran pengajian dan
dicatatkan Gred W bagi kursus berkenaan.
(d) Penarikan diri dari kursus selepas minggu kuliah ketujuh semester biasa atau
selepas minggu kuliah kedua semester khas adalah tidak dibenarkan kecuali
diluluskan oleh Dekan Institut Pengajian Siswazah atau pegawai yang ditetapkan
oleh Universiti atas permohonan calon yang dibuat secara bertulis melalui Dekan
Fakulti.
(e) Permohonan hanya akan dipertimbangkan atas alasan kecemasan yang disokong
dengan bukti dokumentasi berkenaan atau atas alasan perubatan yang disokong
dengan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan berdaftar.
(f) Sekiranya permohonan diluluskan, kursus berkenaan akan dicatatkan dengan Gred
W. Yuran pengajian bagi kursus berkenaan akan tetap dikenakan.
(g) Sekiranya permohonan tidak diluluskan, calon dikehendaki meneruskan
pengajiannya bagi kursus berkenaan. Calon akan diberikan Gred F sekiranya tidak
menghadiri kursus dan tidak menduduki peperiksaan yang diadakan pada akhir
semester berkenaan.
(h) Penarikan diri dari kursus atas alasan berikut tidak dibenarkan:
(i) Prestasi calon tidak memuaskan bagi mana-mana kursus;
(ii) Kekurangan persediaan bagi kursus berkenaan; atau
(iii) Tidak puas hati terhadap mana-mana kursus; dan
(i) Penarikan diri dari mana-mana kursus tidak dibenarkan apabila tempoh peperiksaan
semester telah bermula.
(2) Peruntukan berikut adalah terpakai bagi penarikan diri dari semester:
(a) “Penarikan diri dari semester” bermakna penarikan diri dari semua kursus yang
didaftarkan atau program latihan atau penyelidikan bagi semester berkenaan. Calon
hanya dibenarkan menarik diri dari sesuatu semester selepas ia telah menjalani
program pengajian sekurang-kurangnya satu semester. Fakulti boleh dalam keadaan
tertentu membenarkan calon menarik diri daripada mana-mana semester.
(b) Permohonan penarikan diri dari semester boleh diluluskan oleh Fakulti tertakluk
kepada ianya diterima sebelum jam 12.00 tengah hari, hari Jumaat minggu kuliah
ketujuh semester berkenaan.
(c) Calon yang diluluskan untuk menarik diri dari semester sebelum 12.00 tengah hari,
hari Jumaat minggu kuliah ketujuh semester—
(i) tidak akan dikenakan yuran pengajian; dan
(ii) rekod pendaftaran semester berkenaan dihapuskan.
(d) Calon tidak dibenarkan menarik diri dari semester selepas jam 12.00 tengah hari, hari
Jumaat minggu kuliah ketujuh semester kecuali diluluskan oleh Timbalan Naib
43