Page 45 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 45
Canselor berkenaan atas permohonan calon yang dibuat secara bertulis melalui
Dekan Fakulti. Permohonan hanya akan dipertimbangkan atas alasan kecemasan
yang disokong dengan bukti dokumentasi berkenaan atau atas alasan perubatan
yang disokong dengan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan
berdaftar.
(e) Sekiranya permohonan diluluskan, kursus berkenaan (sekiranya ada) akan
dicatatkan dengan Gred W. Yuran pengajian akan tetap dikenakan.
(f) Sekiranya permohonan tidak diluluskan, calon dikehendaki meneruskan
pengajiannya bagi semester berkenaan.
(g) Calon tidak dibenarkan menarik diri dari semester apabila tempoh peperiksaan
semester telah bermula.
(h) Tempoh maksimum penarikan diri dari semester bagi calon adalah sebanyak empat
semester biasa sepanjang tempoh pengajiannya yang boleh diambil secara
berterusan atau sebaliknya kecuali pada semester akhir pencalonan.
(i) Melainkan atas alasan perubatan yang disokong dengan laporan perubatan daripada
pegawai perubatan berdaftar, tempoh di mana calon telah menarik diri akan diambilkira
sebagai sebahagian dari tempoh maksimum pengajiannya.
(3) Peruntukan berikut adalah terpakai bagi penarikan diri dari program pengajian Ijazah:
(a) Permohonan penarikan diri dari program pengajian Ijazah hendaklah dibuat secara
bertulis melalui Dekan Fakulti kepada Dekan Institut Pengajian Siswazah atau mana-
mana pegawai sepertimana yang ditetapkan oleh Universiti; dan
(b) Sebarang keputusan terhadap penarikan diri dari program pengajian Ijazah adalah
muktamad.
BAHAGIAN IV
BAYARAN
9. Yuran dan bayaran lain
(1) Calon hendaklah menjelaskan segala yuran dan bayaran lain yang kena dibayar kepada
Universiti pada masa permulaan pendaftaran atau pada masa memperbaharui pencalonan
melainkan ia dikecualikan daripada mana-mana yuran atau bayaran atau kedua-duanya.
(2) Calon yang hendak menjelaskan mana-mana yuran atau bayaran lain yang kena dibayar
kepada Universiti secara ansuran hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan
borang yang ditetapkan yang boleh diperolehi dari Institut Pengajian Siswazah Universiti atau
mana-mana pusat lain sepertimana yang ditetapkan oleh Universiti.
(3) Calon yang gagal menjelaskan mana-mana yuran atau bayaran lain atau sebahagian
daripada yuran atau bayaran lain yang kena dibayar kepada Universiti tidak akan dibenarkan
menduduki sebarang peperiksaan program pengajian Ijazah.
44