Page 3 - PELAN STRATEGIK FAKULTI SAINS 2016-2020
P. 3

"Pioneering Towards Excellence Education in Science”




            P PE EN NG GE EN NA AL LA AN N


           F

                   akulti  Sains,  Universiti  Malaya  merupakan  salah  satu  fakulti  terawal  yang  ditubuhkan  di

                   Universiti Malaya dan mula beroperasi dengan menawarkan pengajian akademik dalam tahun
                   1959.    Bermula  dengan  hanya  empat  jabatan  iaitu  Jabatan  Botani,  Jabatan  Kimia,  Jabatan

            Matematik dan Jabatan Zoologi, Fakulti Sains terus berkembang. Sehingga kini Fakulti Sains mempunyai
            2 buah Institut dan 4 buah Jabatan iaitu Institut Sains Matematik, Institut Sains Biologi, Jabatan Kimia,
            Jabatan Fizik, Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi,  dan Jabatan Geologi. Selaras dengan kehendak

            dan  perkembangan  dunia  pendidikan  semasa,  Fakulti  Sains  dengan  motonya  “Pioneering  Towards
            Excellence  Education  in  Science”  terus  maju  kehadapan  dengan  menyediakan  pelbagai    prasarana

            yang melibatkan aspek akademik, penyelidikan dan pengantarabangsaan. Aspirasi ini turut disokong
            oleh staf akademik dan pelaksana yang berdaya saing dan berkepakaran tinggi dalam membantu fakulti

            mencapai kecemerlangan.


            Fakulti  Sains  turut  memainkan  peranan  sebagai  pusat  penyelidikan  utama  dalam  bidang  sains,
            teknologi dan inovasi di Malaysia dan juga rantau ini. Ini dibuktikan dengan wujudnya beberapa pusat
            penyelidikan  cemerlang  yang  menjalankan  kajian  bertaraf  dunia  dan  berimpak  tinggi.  Antara  pusat

            penyelidikan tersebut ialah Pusat Penyelidikan Fotonik (PRC), Centre for Natural Products and Drug
            Research (CENAR), Centre for Research in Biotechnology for Agriculture (CEBAR) , UM Centre for Ionic

            Liquids (UMCiL), Centre for Ionics University of Malaya (CIUM) , Centre of Research for Computational
            Sciences  and  Informatics  for  Biology,  Bioindustry,  Environment,  Agriculture  and  Healthcare
            (CRYSTALS),  Mushroom  Research  Centre  (MRC)  dan  Glycolipids  Self-Assembly  and  Related

            Phenomena.    Kecemerlangan  ini  dibuktikan  melalui  peranan  Fakulti  Sains  sebagai  penyumbang
            terbesar keseluruhan penerbitan Universiti.  Fakulti juga melahirkan para graduan yang berkemahiran,


                                                                                                          - 2 -
   1   2   3   4   5   6   7   8