Page 4 - PELAN STRATEGIK FAKULTI SAINS 2016-2020
P. 4

berketrampilan  dan  mempunyai  jatidiri  dalam  menjalankan  sebarang  tugas  di  bidang  yang  diceburi
            serta bersifat holistik.


                                                    2010      2011      2012       2013     2014      2015

            Jumlah Penerbitan Berimpak Tinggi
                                                     842      1,030      771       962      1,054     1,232

            Jumlah Pelajar Yang Bergraduasi
                                                     649       597       531       207       445       476
            (Ijazah Dasar)
            Jumlah Pelajar Yang Bergraduasi
                                                     240       296       310       284       284       265
            (Ijazah Tinggi)
                       Jadual 1: Bilangan penerbitan dan jumlah graduan yang bergraduasi (2010-2015)


            Fakulti Sains terus mengorak sejarah negara
            dengan     salah     seorang     kakitangan

            akademiknya iaitu Profesor Datuk Dr. Harith
            bin  Ahmad,  telah  dianugerahkan  sebagai

            penerima tunggal Profesor Ulung Negara bagi
            tahun  2014.  Anugerah  ini  adalah  sebagai

            pengiktirafan atas usaha dan kejayaan beliau
            memajukan  penyelidikan  dalam  bidang

            fotonik  yang  dijalankan  di  Fakulti  Sains,
            Universiti Malaya.


            Justeru, pencapaian yang telah diraih oleh Fakulti Sains setakat ini telah membuka ruang yang luas dan
            memberi  keyakinan  kepada  Fakulti  Sains  untuk  terus  menjana  kecemerlangan  seiring  dengan  visi
            Universiti untuk dikenali di persada antarabangsa. Di peringkat kebangsaan pula, Fakulti Sains terus

            melangkah  seiring  dengan  sasaran  pembangunan  dalam  Bidang  Ekonomi  Utama  Negara  (NKEA).
            Halatuju  kecemerlangan  fakulti  turut  mengambilkira  blue  print  Kementerian  Pendidikan  2015  yang

            menekankan aspek  pengajaran, penyelidikan, pengurusan dan  pentadbiran berkualiti.


            Bersesuaian  dengan  moto  Fakulti  Sains  terus  terkehadapan  dan  sebagai  penyumbang  utama  di
            Universiti  Malaya  terutamanya  di  dalam  aspek  penerbitan  dan  penyelidikan  berimpak  tinggi,
            penghasilan  graduan  unggul,  tadbir  urus  gemilang  serta  menyokong  Universiti  untuk  berada  di
            kedudukan 100 terbaik di dunia, pihak Fakulti telah mewujudkan Pelan Strategik Fakulti Sains dengan

            merangka lima agenda utama yang mengambilkira penglibatan semua pihak. Lima agenda utama ini
            disokong oleh agenda spesifik dengan penunjuk prestasi dan strategi implementasi yang tersendiri dan

            teratur.

                                                                                                          - 3 -
   1   2   3   4   5   6   7   8   9