Page 279 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 279
AIL2005
Sejarah Islam di Asia Tenggara
History of Islam in Southeast Asia
Kursus ini membincangkan sejarah kedatangan dan perkembangan Islam di Asia Tenggara iaitu sejak kedatangan Islam di Asia
Tenggara sekitar abad ke-8 sehingga peristiwa kebangkitan semula Islam di Asia Tenggara pada akhir abad ke- 20.Tumpuan kursus ini
ialah kedatangan dan perkembangan Islam di Alam Melayu, Indonesia, selatan Thai, dan selatan Filipina. Tumpuan juga diberikan
kepada pengaruh Timur Tengah terhadap perkembangan Islam di Asia Tenggara. Perbincangan mengenai peranan Islam terhadap
perjuangan politik, gerakan sosial dan gerakan pemisahan di Asia Tenggara turut dibincangkan dalam kursus ini.
This course discusses history of the arrival and development of Islam in Southeast Asia since the arrival of Islam in Southeast Asia
around the 8th century until the Islamic revival in Southeast Asia in the late 20th century. Focus of this course is the arrival and
development of Islam in the Malay World, Indonesia, southern Thailand, and southern Philippines. Focus also given to the influence of
the Middle East on the development of Islam in Southeast Asia. Discussions on the role of Islam on the political struggle, social
movements and separatist movements in Southeast Asia also discussed in this course.
AIL2016
Nasionalisme di Asia Tenggara
Nationalism in Southeast Asia
Nasionalisme merupakan satu fenomena yang baru di Asia Tenggara. Tidak dikenali dalam zaman monarki mutlak, idea ini bangkit
dengan proses kolonialisme di Asia Tenggara sebagai lanjutan dari proses antikolonialisme. Kursus ini akan melihat bagaimana proses
pembentukan nasionalisme di Asia Tenggara dan hubungannya dengan faktor-faktor seperti rejim lama, kuasa kolonial, idea yang
bersaing serta proses tamatnya kolonialisme.
Nationalism is a new phenomenon in Southeast Asia. Unknown during the age of the absolute monarchy, the idea emerged with the
advent of colonisation process, mainly in the form of anticolonialism. This course will examine how nationalism came about in Southeast
Asia and its relation with issues such as ancient order, colonial powers, contesting ideas and the end of colonialism.
AIL2024
Sejarah Ekonomi Malaysia sehingga Merdeka
Malaysian Economic History until Independence
Kursus ini akan mengesan perkembangan ekonomi Malaysia bermula dari abad ke -15 sehingga negara mencapai kemedekaan.
Tumpuan akan diberikan kepada perkembangan perdagangan Melaka; pengaliran modal dari Negeri-negeri Selat ke Negeri-negeri
Melayu; kesan pengaliran modal ke atas masyarakat tempatan dan seterusnya kegiatan dan perubahan ekonomi yang dialami oleh
Negeri-negeri Melayu dalam kerangka pentadbiran British antara 1874-1957.
The course traces economic development of Malaysia from 15th century until the country achieves independence. Emphasis would be
given to the development of Malacca trade; flow of capital from the Straits Settlements to the Malay States; its effect on the society and
the kind of economic activities and changes that took place in the Malay states under the British rule from 1874-1957.