Page 50 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 50
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 43
Kod Kursus VIA3006
Tajuk Kursus Seminar Pengurusan Sukan
Kredit 4
Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
Pra-Syarat Kursus/Keperluan Tiada
Minimum
Hasil Pembelajaran Kursus Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menganalisa tema utama dalam senario Pengurusan Sukan tempatan.
2. Mengaplikasi etika profesional di dalam meningkatkan imej korporat Pengurusan
Sukan.
3. Mengaplikasi teori-teori Pengurusan Sukan dalam proses menganjurkan seminar.
Sinopsis Kandungan Kursus Kursus ini adalah untuk menyiapkan para pelajar kepada realiti dunia pekerjaan. Silibus
ini mengabungkan kedua-dua teori dan praktikal dan ianya dizahirkan apabila
pengurusan sukan profesional dijemput ke seminar untuk berkongsi pengalaman dan
pemikiran mengenai kerjaya pengurusan sukan dan pelbagai isu pengurusan sukan lain.
Antara hasil lain yang diharap daripada kelas ini ialah pelajar berupaya untuk
mengadakan satu seminar Pengurusan Sukan yang berjaya. Ia menghendaki para
pelajar untuk mengaplikasikan kefahaman mereka terhadap asas-asas Pengurusan
Sukan dalam usaha untuk menjayakan acara Pengurusan Sukan tersebut.
Rujukan Utama 1. Parks, Zanger & Quarterman. (2013) Contemporary Sports Management. Human
Kinetics, Champaign, III.
2. Woods (2007). Social Issues in Sport. Human Kinetics. Champaign. Ill
3. McClean & Yoder (2012). Issues in Recreation and Leisure. Human Kinetic,
Champaign, Ill.
Pemberatan Penilaian Penilaian berterusan : 100%
Kemahiran Insaniah Kemahiran Berkomunikasi : CS1-CS4
Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah : CT1-CT3
Kemahiran Kerja Berpasukan : TS1-TS4
Kemahiran Kepemimpinan : LS1-LS3
Kod Kursus VIA3007
Tajuk Kursus Latihan Industri Pengurusan Sukan
Kredit 6
Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
Pra-Syarat Kursus/Keperluan Telah menyempurnakan semua Kursus Universiti, Kursus Teras Fakulti, Kursus Elektif
Minimum Fakulti, Kursus Teras Program dan Kursus Elektif Program
Hasil Pembelajaran Kursus Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengenalpasti kehendak dan jangkaan bakal majikan dalam bidang industri sukan
2. Mengaplikasikan pengetahuan, kebolehan dan aspek sampingan semasa latihan
praktikal
3. Menilai pengalaman pembelajaran melalui pendekatan bekerja yang sebenar
daripada penempatan latihan industri.
4. Menyedia laporan bertulis mengenai proses internship yang dilalui pada akhir latihan
internship sebagai salah satu keperluan untuk bergraduat.
Sinopsis Kandungan Kursus Kursus ini adalah latihan praktikal terhadap segala ilmu pengurusan sukan yang di ambil
sepanjang pelajar mengikuti program pengurusan sukan. Untuk tempoh 1 semester,
pelajar akan diletakkan di bawah penyeliaan pegawai tertentu di dalam organisasi terpilih
dan mereka akan menjalankan tugas mengikut spesifikasi kerja yang diberikan oleh
pegawai berkenaan. Di akhir kursus ini, pelajar akan menyediakan laporan yang
menerangkan tentang pengalaman mereka serta realiti pekerjaan yang dirasai sepanjang
mereka bertugas sebagai pelajar intern di organisasi tersebut.
Rujukan Utama - Tidak berkenaan-
Pemberatan Penilaian Penilaian berterusan : 100%
Kemahiran Insaniah Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah : CT1-CT4
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat : LL1-LL3
Etika Dan Moral Profesional : EM1-EM2