Page 47 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 47

BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018  40


                Kod Kursus                VIA2007
                Tajuk Kursus              Projek Penyelidikan Kualitatif Dalam Pengurusan Sukan
                Kredit                    4
                Bahasa Pengantar          Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
                Pra-Syarat Kursus/Keperluan   VIA2001 Kaedah Penyelidikan Dalam Pengurusan Sukan
                Minimum
                Hasil Pembelajaran Kursus   Pada akhir kursus, pelajar dapat:
                                          1.   Membincangkan isu-isu berkaitan penyelidikan pengurusan sukan.
                                          2.   Menyediakan kertas cadangan penyelidikan.
                                          3.   Menjalankan projek penyelidikan ringkas.
                                          4.   Menerangkan penemuan penyelidikan secara intelektual.
                Sinopsis Kandungan Kursus   Lanjutan  dari  kursus  asas,  kursus  ini  menyediakan  pelajar  untuk  menjalankan  kajian
                                          mereka di dalam bidang pengurusan sukan.  Para pelajar diharap dapat menyalurkan
                                          maklumat dan data dari proses kajian mereka secara sistematik dan tepat, sama ada
                                          secara  lisan  (melalui  pembentangan  viva  voce)  dan  juga  secara  bertulis  (melalui
                                          penulisan ilmiah)
                Rujukan Utama             1.   Silverman (2013). Doing Qualitative Research. Sage: London
                                          2.   Flick (2006). An Introduction to Qualitative Research. Sage: London
                                          3.   Gratton & Jones (2004). Research Methods for Sport Studies. Routledge, London
                                          4.   Thomas (2010). Research Methods in PE. Human Kinetics. Champaign
                Pemberatan Penilaian      Penilaian berterusan   : 60%
                                          Peperiksaan      : 40%
                Kemahiran Insaniah        Kemahiran Berkomunikasi  : CS1- CS4
                                          Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah : CT1-CT3
                                          Kerja Berpasukan : TS1-TS2
                                          Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat : LL1-LL2


                Kod Kursus                VIA3001
                Tajuk Kursus              Pengurusan Fasiliti Dan Peralatan Sukan
                Kredit                    3
                Bahasa Pengantar          Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
                Pra-Syarat Kursus/Keperluan   Tiada
                Minimum
                Hasil Pembelajaran Kursus   Pada akhir kursus, pelajar dapat:
                                          1.   Menjelaskan mengenai kepentingan perancangan, pengurusan dan
                                              penyelenggaraan fasiliti dan peralatan sukan;
                                          2.   Mengenalpasti  permasalahan  dan  cabaran  dalam  menguruskan  fasiliti  dan
                                              peralatan sukan;
                                          3.   Mengaplikasikan  pengetahuan  dengan  merangka  garis  panduan  dan  prosedur
                                              pengurusan bagi beberapa fasiliti terpilih.
                Sinopsis Kandungan Kursus   Kursus ini bermula dengan sejarah pembangunan kemudahan  sukan dan permulaan
                                          kemudahan  sukan  moden  di  negara  ini.  Ini  diikuti  dengan  kefahaman  mengenai
                                          perancangan, pembangunan dimensi, ruang-ruang kemudahan sukan dan peruntukan-
                                          peruntukan  pengguna  kemudahan  sukan.  Peranan  pengurus  dan  bagaimana  untuk
                                          mengurus serta melaksanakan program-program sukan juga akan dilihat. Kursus ini akan
                                          diakhiri dengan melihat asas penyelenggaraan kemudahan sukan seperti pelbagai jenis
                                          permukaan permainan dan kolam-kolam yang sedia ada.
                Rujukan Utama             1.   Shields, A. & Wright, M. (2010) ARENA: A planning, design & management guide
                                          2.   Geraint, J., & Sheard, R. (2011) STADIA : A design & development guide
                                          3.   Fried, G. (2005) Managing Sports Facilities
                                          4.   Defence Estate Org. (2012) External sports & recreational facilities
                                          5.   Walker, M. L., & Seidler, T. L. (2009) Sports equipment management
                Pemberatan Penilaian      Penilaian berterusan   : 60%
                                          Peperiksaan      : 40%
                Kemahiran Insaniah        Kemahiran Berkomunikasi : CS1-CS3
                                          Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah : CT1-CT3
                                          Etika Dan Moral Profesional : EM1-EM2
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52